Thursday, October 11, 2012

mp sabak bernam di penjara hari ini

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini
mengekalkan hukuman penjara enam tahun
dan denda RM400,000 terhadap Anggota
Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman
Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang
didapati bersalah atas lapan pertuduhan
melakukan tuntutan palsu melibatkan
RM80,000 empat tahun lepas.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat
keputusan itu selepas menolak rayuan
mereka untuk mengetepikan sabitan dan
hukuman yang diputuskan oleh Hakim
Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh
Azman Teh pada 1 Mac lepas.
Akhtar turut menolak permohonan Abdul
Rahman dan Rosli untuk penangguhan
pelaksanaan hukuman sebaliknya
memerintahkan mereka menjalani hukuman
penjara bermula hari ini.

No comments: