Thursday, October 25, 2012

Gempaq! Pelajar Buang Anak Baru Lahir Ke Dalam Tali Air

Pelajar Buang Anak Baru Lahir Ke Dalam
Tali Air Ditahan
KANGAR, 25 Okt (Bernama) -- Polis menahan
seorang pelajar berusia 17 tahun kerana
dipercayai membuang bayi perempuan yang
baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali
air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang
Empat, di sini, awal Kharmis.
Polis turut menahan tiga lagi individu
termasuk teman lelaki pelajar berkenaan
selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira
pukul 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-
kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu.
Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron
berkata siasatan masih dijalankan bagi
memastikan sama ada bayi itu masih hidup
semasa dibuang atau dibunuh sebelum
dicampak ke dalam tali air itu.
Katanya polis menerima laporan seorang
pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah
(HTF) yang curiga dengan pendarahan
seorang pelajar perempuan yang telah
dirujuk ke hospital itu kira-kira pukul 9.20
malam tadi.
Hasil laporan itu, polis dengan kerjasama
Jabatan Bomba dan Penyelamat telah
menjalankan gerakan mencari dan
menyelamat bayi berkenaan setelah
mendapat maklumat bayi itu dibuang ke
dalam tali air.
Zull Aznam berkata kes itu disiasat mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua
suspek ditahan reman selama tujuh hari
untuk membantu siasatan.

No comments: