Sunday, August 12, 2012

TERMA TERMA SURUHAN JAYA DIRAJA (RCI) PENDATANG HARAM DI SABAH

Lima ahli panel akan dipengerusikan oleh
bekas hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri
Steve Chim Lip Kiong, dan empat
pesuruhjaya. Ianya bekas naib canselor
Universiti Malaysia Sabah, Datuk Seri Prof Dr
Kamaruzaman Ampon; bekas peguam
negeri Sabah, Tan Sri Herman J. Luping;
bekas timbalan pengerusi Yayasan
Pencegahan Jenayah Malaysia dan bekas
ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Poy-
Wu; dan bekas setiausaha negeri Sabah,
Datuk Kee Mustafa.
Terma-terma RCI tersebut adalah:
1. Untuk menyiasat berapakah jumlah
pendatang haram di Sabah yang diberikan
kad pengenalan biru atau status
kewargenegaraan;
2. Untuk menyiasat apakah pemberian kad
pengenalan atau status kewargenegaraan
mengikut undang-undang;
3. Untuk menyiasat apakah pihak yang
menerima kad pengenalan atau status
kewarganegaraan termasuk dalam daftar
pengundi di Sabah dengan mengikut
undang-undang;
4. Untuk menyiasat apakah pihak berkuasa
sudah mengambil tindakan atau membuat
penambahbaikan mengikut kaedah dan
regulasi prosedur standard operasi (SOP)
untuk mencegah sebarang kecurangan
mengikut undang-undang;
5. Untuk melakukan siasatan terperinci
mengenai SOP, kaedah dan regulasi
pemberian kad pengenalan biru atau status
kewarganegaraan kepada orang asing di
Sabah dengan mengambil kira norma
antarabangsa dan standard yang
digunapakai yang bersesuaian dengan
Malaysia, dan akan mencadangkan
perubahan kepada prosedur sedia ada;
6. Untuk menyiasat apakah yang
menyebabkan pertumbuhan populasi di
Sabah mengikut kategori berikut:
a) Rakyat Sabah yang menetap dinegeri
tersebut termasuk mereka yang diberikan
kad pengenalan biru atau kewargenegaraan
mengikut surat beranak (mendaftar lambat);
b) pekerja asing (termasuk ahli keluarga);
c) pendatang haram (termasuk ahli
keluarga); dan
d) pelarian
Untuk mengkaji kesan mereka terhadap
angka mereka yang mendaftar dan terdapat
dalam daftar pengundi;
7. Untuk menyiasat kesan permasalahan
sosial terhadap rakyat Sabah berkenaan
dengan pemberian kad pengenalan biru
dan status kewarganegaraan di negeri
tersebut; dan
8) Untuk menyiasat angka orang asing
tanpa kewarganegaraan di Sabah yang
diberikan kad pengenalan biru dan status
kewarganegaraan.

No comments: