Monday, July 9, 2012

Gambar pasangan bersamurai mengamuk di JPM Putrajaya





PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang
telah ditembak di luar kompleks
Jabatan Perdana Menteri (JPM)
selepas dia dilihat menghunus
pedang samurai, telah meninggal
dunia.
Lelaki terbabit bersama dengan
seorang wanita, muncul di pos
keselamatan kompleks Perdana
Menteri di sini kira-kira pukul 2.30
petang, Isnin, kerana mahu
memasuki kompleks tersebut.
Mereka dilihat mengunus-
hunuskan pedang dengan cara
agresif.
Anggota polis bergegas keluar dari
pos keselamatan dan cuba
bercakap dengan pasangan yang
kelihatan gelisah.
Ketika polis sedang berbual dengan
pasangan itu, satu pasukan anti-
jenayah tiba.
Saksi berkata, selepas gagal untuk
menenangkan pasangan itu, polis
melepaskan tembakan pada lengan
kiri lelaki manakala wanita itu
ditembak di kaki kiri.
Kedua-dua mereka dibawa ke
Hospital Putrajaya di mana lelaki
itu kemudian meninggal dunia.star

No comments: