Friday, July 20, 2012

anak bulan ada berapa?!

Dalam terminologi
astronomi, anak bulan
(atau hilal dalam bahasa
Arab) merupakan fasa
bulan yang berlaku
apabila Bulan, dalam
gerakan oerbit
bulanannya mengelilingi
Bumi, berada di antara
Bumi dan Matahari,
maka berada sebaris
atau bersilangan dengan
Matahari jika dilihat dari
Bumi. Pada ketika ini,
bahagian yang gelap
(yang tiada cahaya
matahari) bagi
permukaan Bulan akan
menghadap ke arah
Bumi, maka, Bulan tidak
kelihatan melalui mata
kasar.
Maksud sebenar frasa "anak bulan"
adalah bulan sabit pertama yang
kelihatan, iaitu selepas persilangan
dengan matahari. Ini lazimnya
mengambil tempat di ufuk barat
dalam waktu yang sekejap antara
waktu terbenamnya matahari dan
terbenamnya bulan, lalu masa dan
tarikh kemunculan anak bulan ini
akan dipengaruhi oleh kedudukan
geografi pencerap. Anak bulan
secara astronomi, atau bulan gelap
untuk mengelakkan kekeliruan,
berlaku ketika persilangan dalam
longitud gerhana dengan Matahari,
iaitu apabila Bulan tidak kelihatan
dari Bumi. Waktu itu adalah unik
dan tidak bergantung kepada
kedudukan, dan dalam keadaan
tertentu, akan kebetulan dengan
gerhana matahari.
Anak bulan dalam makna asal ialah
bulan sabit muda yang
menandakan bermulanya bulan
dalam kalendar lunar seperti
takwim hijrah, dan kalendar
lunisolar seperti kalendar Ibrani,
Hindu dan Buddha.source:wikipedia

No comments: