Monday, May 7, 2012

Boleh semak status kemasuk an UM, UKM, UPM hari ini

Status keputusan permohonan kemasukan
ke Universiti Malaya (UM) dan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi program
pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) atau setaraf dengannya boleh
diketahui mulai hari ini.
Keputusan permohonan ke Universiti Putra
Malaysia (UPM) pula boleh diketahui mulai
12 tengah hari esok, demikian menurut
kenyataan akhbar ketiga-tiga universiti itu
yang dikeluarkan di sini hari ini.
Semakan boleh dilakukan melalui laman web
http://www.um.edu.my/kemasukan, http://
www.ukm.my/kemasukan/tawaran dan
http://www.smp.upm.edu.my/tawaran
bagi program Asasi Sains, Asasi Pengajian
Islam di UM, program Asasi Pintar di UKM
dan program Asasi Sains Pertanian dan
diploma di UPM.
Calon yang berjaya boleh menyemak
maklumat tawaran dan mencetak surat
tawaran rasmi melalui laman web Institusi
Pengajian Tinggi (IPTA) masing-masing
untuk membuat pengesahan dalam tempoh
tujuh hari bekerja bermula esok hingga 15
Mei ini.
Tarikh pendaftaran penuntut baru ke
program Asasi Pintar UKM adalah pada 23
Mei bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi,
program Asasi Sains dan Asasi Pengajian
Islam UM pada 27 Mei, manakala program
Asasi Sains Pertanian pada 17 Mei di UPM,
Serdang dan diploma pada 7 Jun di UPM,
Kampus Bintulu.
Bagi calon yang gagal, mereka boleh
mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-
Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja
selepas keputusan permohonan kemasukan
ke IPTA diumumkan melalui laman web
rasmi kemasukan ke IPTA di http://
upu.mohe.gov.my.
Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah
pada 18 Mei dan keputusan rayuan akan
diumumkan pada minggu kedua Jun 2012.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi
Seksyen Kemasukan dan Rekod, Bahagian
Akademik, UM di talian
03-79673448/3440/3502, Bahagian
Pengurusan Akademik UKM di talian
03-89215336/5041/4126 atau Pusat
PERMATA Pintar Negara ditalian
03-89216265/7507 dan Bahagian
Akademik UPM di talian
03-89466059/6060/6056.

No comments: