Monday, October 31, 2011

anak sosilawati lawiya jutawan kosmetik selamat bertunang


KUALA LUMPUR, 31 Okt — Anak sulung
jutawan Allahyarham Datuk Sosilawati
Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26,
bertunang dengan Kamarulazlan Mohamad
Hanafiah, 35, di rumahnya di Gombak dekat
sini malam tadi.
Kamarulazlan merupakan Setiausaha Sulit
Kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Pertunangan Erni Dekritawati Yuliana atau
Rita dengan Kamarulazlan menamatkan
spekulasi berkaitan lelaki pilihannya kerana
Rita yang kini menjadi Pengarah Nouvelle
Beauty Centre Sdn Bhd sebelum ini pernah
dikaitkan dengan beberapa individu.
Sosilawati ditemui mati dibunuh bersama
tiga yang lain di kawasan Banting tahun lalu.

No comments: