Tuesday, October 4, 2011

Adun johol Negeri sembilan meninggal dunia


ADUN Johol meninggal dunia
4 Okt, 11 9:04am
ADUN Johol, Negeri Sembilan,
Datuk Roslan Md Yusof,
meninggal dunia jam 4 pagi tadi
di di Hospital Tunku Ampuan
Najihah Kuala Pilah dipercayai
akibat komplikasi paru-paru.
Allahyarham, yang berusia 58
tahun, dimasukkan ke hospital
itu untuk menerima rawatan
selepas mengadu sesak nafas
semalam.
Allahyarham
meninggalkan
isteri Datin
Zawayah
Marzuki, 53,
dan lapan
orang anak,
tiga lelaki dan lima perempuan
berumur 28 hingga 17 tahun.
Sebelum ini, timbul spekulasi
bahawa allahyarham
mempunyai masalah kesihatan,
sehingga pada 2009, Menteri
Besar Negri Sembilan Datuk Seri
Mohamad Hasan terpaksa tampil
membuat kenyataan bahawa
Roslan, yang mewakili Umno itu
telah meninggal dunia.
Menurut beliau, Roslan bercuti
selama sebulan untuk menjalani
rawatan fisioterapi di hospital
selepas menderita akibat sakit
tulang belakang kerana terjatuh
semasa bermain badminton.
Berikutan itu, beliau telah
menjalani pembedahan dan
fisioterapi di Hospital Kuala
Lumpur bagi membetulkan
tulang belakangnya awal tahun
ini.
Anak sulung Allahyarham, Mohd
Hafizi, 28, berkata jenazah
Allahyarham telah dibawa ke
kediamannya di No 6, Kampung
Berambai dan akan
dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Kampung
Cabang Dua, Johol, selepas
zohor.
Roslan, seorang bekas
guru yang mewakili BN
mula memenangi kerusi
Dewan Undangan
Negeri (DUN) Johol pada
pilihan raya umum 2004.
Pada pilihan raya umum 2008,
Naib Ketua Umno Bahagian
Kuala Pilah itu mengalahkan
calon PAS, Kamarudin Md Tahir
dengan majoriti 1,263 undi.
DUN Johol terletak di dalam
kawasan Parlimen Kuala Pilah,
yang turut mempunyai DUN
Senaling, Juasseh, Pilah dan Seri
Menanti.
Tidak ada pilihan raya kecil akan
diadakan kerana Dewan ungan
Negeri telah melului tempoh dua
pertiga daripada penggalnya.
Kekosongan kerusi di Johol akan
diisi pada pilihan raya umum
akan datang

No comments: