Wednesday, September 28, 2011

Empat orang cedera dalam letupan di pusat membeli-belah Empire Gallery subang jaya di sini awal pagi ini



SUBANG JAYA, 28 Sept — Empat
orang cedera dalam letupan di
pusat membeli-belah Empire
Gallery di sini awal pagi ini.
Menurut saksi persekitaran di
lokasi kelam-kabut dengan
anggota polis, ambulans dan
bomba kelihatan di kawasan
kejadian.
Menteri Besar Selangor Tan Sri
Khalid Ibrahim menghantar
mesej menerusi Twitter pagi ini
dan berharap penduduk
kawasan berhampiran selamat.
Adun Subang Jaya Hannah Yeoh
juga berada di kawasan
kejadian, katanya.
Pusat membeli-belah itu dibuka
tahun lalu.
Kompleks membeli-belah itu
terletak tidak jauh dari Lebuh
Raya Persekutuan dan turut
menempatkan hotel.
Ketua Bomba dan Penyelamat
Subang Jaya Mohd Khairi Daud
dipetik berkata pelanggan hotel
yang dianggarkan lebih 300
orang telah dipindah keluar.
Usaha membantu dan
menyelamat turut disertai
anggota dari balai bomba
berdekatan.
Laporan Star Online menyebut
letupan berlaku di kedai
Starbucks.
Letupan dilaporkan berlaku
sekitar 3.45 pagi di aras bawah
dan turut merosakkan dua
tingkat atas kompleks itu serta
menyebabkan kerosakan ke atas
beberapa kafe, restoran dan
kedai pakaian.
Siasatan awal menunjukkan
letupan terjadi di luar kompleks
itu dan melibatkan saluran gas.
Laporan awal juga menunjukkan
dua pekerja Nepal terperangkap
di aras bawah tanah tetapi telah
diselamatkan dengan
kecederaan kecil. Dua lagi yang
melalui lokasi kejadian turut
dibawa ke hospital dalam
am

No comments: