Monday, September 19, 2011

GEMPAQ FILEM HANTU BONCENG HINA NABI SAW?


PAS dakwa 'Hantu Bonceng'
hina Islam

Pemuda PAS menyatakan
kekesalannya terhadap
kelemahan agensi kerajaan
membenarkan filem "berbaur
penghinaan kepada Islam"
diterbitkan untuk tontonan
umum, seperti filem Hantu
Bonceng arahan sutradara
terkenal Ahmad Idham.
Ketuanya Nasrudin
Hassan
berkata, filem
komedi baru yang
dibintangi pelawak
terkenal Zizan Razak
mengandungi babak
yang jelas menghina
Rasulullah.
Nasrudin berkata, terdapat
dialog dalam satu babak yang
berbunyi "asyhadu anna
Muhammadar syaitan" (aku naik
saksi bahawa Muhammad itu
syaitan).
"Kalimah syahadah bukan
perkataan yang boleh
dijenakakan atau dipersenda
sedemikian rupa, justeru ia
membawa kesan yang boleh
menggugurkan syahadah
walaupun ia sekadar lakonan,"

katanya.
Filem dengan durasi 90 minit itu
ditayangkan di panggung
wayang di Malaysia, Singapura
dan Brunei bermula 31 Ogos lalu
dan dikatakan mencipta sejarah
dengan kutipan terbesar dalam
musim perayaan dengan jumlah
RM 5 juta untuk lima hari
tayangan.
Selain Zizan yang sinonim
dengan rancangan Raja Lawak,
ia turut membariskan aktres
terkenal Juliana Evans dan Jue
Aziz.

No comments: