Saturday, July 2, 2011

SEORANG PENSYARAH JADI TOK IMAM MUSIM 2

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama)
-- Pensyarah Kolej Islam
Antarabangsa Mohd Hassan Adli
Yahya@Hassan, 26, dinobatkan
sebagai juara Imam Muda musim
kedua selepas menewaskan
pencabarnya, seorang Guru
Besar sekolah agama di Perak,
Nazrul Izwan Zolkiflee.
Kemenangan itu membolehkan
Mohd Hassan Adli menerima
biasiswa pengajian ke Universiti
Antarabangsa Al-Madinah di Arab
Saudi, pakej haji dan umrah,
kereta Proton Exora serta wang
tunai RM55,000.
Selain itu, beliau menerima trofi,
sijil penyertaan serta kad tauliah
Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) dan Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan, serta
hadiah sampingan lain termasuk
pakej percutian ke Vietnam,
perabot jati bernilai RM15,000,
komputer riba dan sebuah
kamera digital.
Nazrul Izwan pula menerima
biasiswa pengajian ke Universiti
Antarabangsa Al-Madinah, pakej
umrah, wang tunai RM20,000
serta pakej percutian ke Vietnam
dan perabot jati bernilai
RM10,000 selain komputer riba,
kamera digital, trofi, sijil
penyertaan dan kad tauliah Jawi
serta Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan.
Hadiah disampaikan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk
Seri Jamil Khir Baharom.
Kemuncak program yang
mengangkat peranan imam ke
kaca televisyen itu berlangsung
di Dewan Muktamar, Kompleks
Pusat Islam di sini pada Jumaat.

No comments: