Friday, July 22, 2011

Pelakon Memey Suhaiza yang akan mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim, akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut — yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta

KUALA LUMPUR, 22 Julai —
Pelakon Memey Suhaiza yang
akan mendirikan rumah tangga
dengan Norman Hakim, akan
memakai gaun bertatah mutiara
lengkap dengan set barang
kemas dan kasut — yang
kesemuanya bernilai RM7.2 juta
— pada majlis persandingan di
Crowne Plaza Mutiara di sini, 28
September ini.
Menurut laporan media, Memey,
23, akan memakai dua
persalinan iaitu setiap satu
bernilai RM500,000 tajaan
Rafflesia untuk majlis
persandingan dan acara
memotong kek.
Norman merupakan pelakon siri
Gerak Khas.
Memey dan Norman, 35, bakal
bernikah pada 24 September ini
di Felda Tenggaroh Selatan 1,
Kota Tinggi, Johor.
Norman adalah bekas suami
pelakon Abby Abadi dan mereka
mempunyai tiga orang anak iaitu
Mohamed Danish Hakim, Marissa
Dania Hakim dan Maria Danish
Hakim. Mereka bernikah pada 8
Januari 2002.
Bill Bora selaku wakil Rafflesia
memberitahu, sebelum ini Datuk
Siti Nurhaliza Tarudin pernah
mengenakan gaun bertatah
mutiara bernilai RM400,000 pada
hari persandingannya.
Selain dua persalinan itu yang
ditaburi mutiara mengikut gred,
Memey juga akan mengenakan
dua set barang kemas bernilai
RM2.8 juta setiap satu
merangkumi anting-anting,
gelang tangan, cincin dan tiara
untuk dipadankan dengan
pakaian tersebut.
“Sejak minggu lepas, borang
penyertaan untuk rekaan
pakaian perkahwinan Memey
sudah dibuka kepada semua
pereka fesyen yang berminat.
“Pakaian itu kelak akan
dipadankan dengan anting-
anting, gelang tangan, cincin dan
tiara. Terpulang kepada pereka
untuk menghasilkan pakaian itu,
namun kedua-duanya perlu
dihiasi mutiara,” katanya dipetik
Utusan Malaysia hari ini.
Selain itu, Memey juga akan
mengenakan dua pasang kasut
rekaan khas Datuk Jimmy Choo,
kata beliau.
Menurut Bill, Memey amat
beruntung kerana pereka kasut
ternama itu sudi menghasilkan
kasut khas bertatah mutiara
untuk majlis perkahwinannya
yang dianggarkan bernilai
RM300,000 sepasang.
“Persandingan mereka boleh
dianggap sebagai wedding of
the year kerana mendapat
sentuhan orang ternama,”
katanya.
Kata Bill, Memey dan Norman
dipilih kerana sebagai pasangan
selebriti, kedua-duanya sentiasa
menjadi perhatian ramai dan
dinanti-nantikan penampilan
mereka

No comments: