Tuesday, July 12, 2011

ANAK MOHON PENJARAKAN IBUANAK MOHON PENJARAKAN IBU

Isu saham: Anak
saudara Sultan
Selangor mohon
bonda dipenjara
KUALA LUMPUR, 12 Julai —
Mahkamah Tinggi di sini
memberi kebenaran kepada
Putera Azamuddin Shah Abdul
Shah, anak saudara Sultan
Selangor, memfailkan
permohonan komital untuk
memenjarakan bondanya sendiri
kerana didakwa mengingkari
perintah mahkamah.
Kebenaran itu diberikan pada 23
Jun lepas dan permohonan itu
sepatutnya didengar pada Selasa
di hadapan Hakim Amelia Tee
Hong Geok Abdullah.
Dipetik Bernama Online, peguam
Datuk Rajan Navaratnam yang
mewakili Putera Azamuddin Shah
memberitahu pemberita bahawa
hakim menetapkan 26 Julai ini
untuk perbicaraan kes itu
disebabkan peguam yang
mewakili, Tengku Putri Arafiah
ibni Almarhum Sultan Salahuddin
Abdul Aziz yang merupakan
adinda Sultan Selangor, tidak
hadir ke mahkamah.
Pada 8 Jun lepas, Putera
Azamuddin Shah memohon
perintah komital itu kerana
bondanya itu gagal
menandatangani dan mematuhi
perjanjian jual beli saham
syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd
berjumlah RM2 juta.
Mengikut notis usul, Putera
Azamuddin Shah berkata
mahkamah telah membenarkan
permohonannya untuk perintah
pelaksanaan spesifik pada 19
April lalu dan bondanya
dikehendaki menandatangani
dan mematuhi perjanjian jual beli
saham itu dalam tempoh lima
hari selepas itu.
Bagaimanapun, beliau
mendakwa bondanya sehingga
kini dengan sengaja tidak
berbuat demikian dan ia jelas
mengingkari perintah
mahkamah.
Afidavit sokongan Putera
Azamuddin Shah menyatakan
bahawa bondanya telah
bersetuju untuk membeli
kesemua 100,000 unit saham
miliknya dalam syarikat Sunshine
Fleet Sdn Bhd

No comments: