Wednesday, June 29, 2011

(T-SHIRT) BAJU T YANG HARAM

PUTRAJAYA, 29 Jun — Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri
Hishammuddin Hussein berkata
kemeja-T yang menyokong
Himpunan Bersih 2.0 diharamkan
kerana ia ada kaitan dengan
perhimpunan haram itu bulan
depan.
“Kemeja-T Bersih ada berkaitan
dengan perhimpunan haram,
maka apa sahaja yang mereka
pakai adalah haram,” kata beliau
kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun Hishammuddin
tidak mengatakan di bawah
undang-undang apa yang soal
penjualan, pembelian dan
pemakaian kemeja-T itu
dianggap haram.
Polis mula menahan mereka yang
menjual, membeli atau memakai
kemeja-T berwarna kuning yang
tertera mesej “Bersih 2.0” sejak
minggu lalu.
Ketika bercakap pada sidang
media di sini hari ini, beliau juga
mengetepikan dakwaan bahawa
tindakan polis ke atas mereka
yang menyokong perhimpunan 9
Julai ini, menuntut pembaharuan
sistem pilihan raya, bermotifkan
politik.
“Di pihak mana? Saya boleh
bertanya perkara yang sama
kepada mereka,” kata beliau.
Naib Presiden Umno ini berkata,
tindakan akan diambil ke atas
ahli-ahli Pemuda Umno yang
mengepung ibu pejabat PKR
malam kelmarin, yang didakwa
mengugut untuk membakar
premis itu.
“Saya memberitahu polis agar
melayan mereka macam Bersih.
Tiada sesiapa pun bebas
daripada undang-undang,”
katanya lagi.

No comments: