Friday, June 24, 2011

LAGI ARTIS KOREA IDOLA KORANG MATI

Klip video mendiang lee eun mi

Berita duka kembali
datang dari dunia hiburan Korea.
Salah satu penyanyi terkenal
Korea, Lee Eun Mi yang
tergabung dalam girlband Iris
ditemui tak bernyawa. Lee Eun Mi
diduga dibunuh kekasihnya, Cho.
Kejadian itu diperkirakan terjadi
pada pukul 02.00 dinihari waktu
tempatan pada Minggu, 19 Jun
lalu. Pada 22 Jun, polis Saheung
mendedahkan pihak berwajib
telah mengeluarkan surat
perintah untuk menahan Cho
atas tuduhan telah menusuk Lee
Eun Mi. Dan lelaki berusia 28
tahun itu telah ditangkap polis.
Seperti dikutip dari Allkpop,
Khamis, 23 Jun, dari hasil
penyelidikan diketahui pasangan
ini sebelumnya telah
membincangkan rancangan
perkahwinan mereka. Tetapi, di
tengah-tengah jalan
perbincangan itu, Eun Mi
dikhabarkan memutuskan
hubungan tersebut. Cho tak
terima dan dikuasai rasa marah
sehingga terjadilah aksi
pembunuhan tersebut.
Berdasarkan dari keterangan
saksi, akhinya polis berjaya
menangkap Cho di sebuah
tempat peristirahatan. Seorang
lelaki yang mengaku saudara
kandung Eun Mi menuliskan
sebuah mesej di MiniBlog. "Hallo,
saya adik Eun Mi. Kakak saya
telah pergi ke syurga. Dan saya
masih tidak boleh percaya,"
ungkap sang adik.
Ia juga meminta agar
mendoakan kakaknya agar
tenang di alam baka. Teman-
teman Eun Mi juga mencurahkan
kesedihan ditinggal penyanyi
tersebut dengan menuliskan
mesej di jejaring sosial.
"Eun Mi telah tidur ... Dia adalah
seorang adik bagi saya. Kita
bertemu saat di Mano
Entertainment. Ia juga dikenali
sebagai penyanyi utama dalam
kumpulan vokal Iris," katanya.
Sang teman berjanji akan
menghadiri pemakaman
penyanyi tersebut. "Saya harap
kamu pergi ke tempat yang lebih
baik Eun Mi," katanya lagi.

No comments: