Thursday, June 9, 2011

Keputusan Malaysian University English Test (MUET) bagi Pertengahan Tahun 2011 akan keluar pada Isnin 13 Jun

Keputusan Malaysian University
English Test (MUET) bagi
Pertengahan Tahun 2011 akan
dikeluarkan pada Isnin ini, 13
Jun, menurut Majlis Peperiksaan
Malaysia (MPM).
Calon yang mendaftar di sekolah
atau institusi boleh mendapatkan
keputusanmereka di sekolah
atau institusi masing-masing
mulai pukul 10 pagi manakala
calon persendirian individu akan
memperolehnya melalui pos.
"Calon boleh menyemak
keputusan ujian mereka
menerusi Khidmat Pesanan
Ringkas (SMS) dengan menaip
MUET dan hantarkan ke 15888
atau 36363, mulai pukul 12:01
tengah malam 13 Jun 2011 dan
melalui sistem dalam talian
dengan melayari laman web MPM
http://www.mpm.edu.my mulai
pukul 9 pagi pada tarikh
tersebut," katanya dalam
kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, calon yang tidak
berpuas hati dengan keputusan
MUET boleh membuat rayuan
penyemakan semula keputusan
MUET dengan bayaran RM70 dan
tarikh tutup rayuan semakan itu
ialah pada 27 Jun 2011.
Maklumat lanjut boleh diperoleh
melalui laman web MPM
www.mpm.edu.my.
Bagi calon-calon yang ingin
mengambil semula MUET atau
memperbaiki keputusan MUET
Pertengahan Tahun 2011,
mereka boleh membuat
pendaftaran untuk menduduki
MUET Akhir Tahun 2011 secara
dalam talian melalui laman web
MPM atau menerusi
www.mesp.gov.my/online.
Tarikh tutup pendaftaran pada
21 Julai 2011.
-- BERNAMA

No comments: