Wednesday, June 1, 2011

JANDA JEJAI DAH DAPAT PENGGANTI LEBIH MUDA?


Jeng jeng jeng.akhirnya jumpa juga pengganti?

Kata Nora, teman barunya itu hanyalah orang biasa dan tiada kena-mengena dengan golongan kerabat, VIP mahupun artis. "Saya memang sedang berkawan dengan seseorang. Dia seorang ahli perniagaan dan berusia dua tahun lebih muda daripada saya. "Namun, semuanya masih terlalu awal kerana kami baru saja berkawan. Tiada hubungan yang serius tetapi kami rapat,"

pelakon sitkom Puteri ini berkata, walaupun wujud perasaan sayang di antara mereka, hubungan mereka bagaimanapun masih berada peringkat awal untuk merancang soal perkahwinan. "Memang ada perasaan sayang tapi terus-terang saya katakan semuanya masih terlalu awal. Saya sendiri sedang melalui proses menilai dan mengenalinya lagi. "Biarlah kami berkawan dulu kerana saya tidak terdesak untuk berkahwin semula dalam masa terdekat," katanya yang enggan bercerita lanjut tentang jejaka tersebut. Menerusi perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram (Jejai) dari Jun 2006 hingga Julai 2008 , pasangan itu telah dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli yang kini berusia dua tahun setengah.(mstar online)

No comments: