Friday, June 10, 2011

FILEM KONGSI DAN KL GENGSTER MENGHINA PEKIDA?


Tegas Ketua Ahli Majlis Pekida
Wilayah Persekutuan Norashikin
Abdul Ghani kepada The
Malaysian Insider.
beliau pelik
bagaimana filem yang
mengandungi unsur ganas dan
gengsterisme ini tidak ditapis
oleh Lembaga Penapisan Filem
(LPF).
“Bagaimana filem yang
mencemarkan imej orang Melayu,
ganas dan gengsterism boleh
tidak ditapis oleh Lembaga
Penapisan Filem? Saya telah
menonton kedua-dua filem ini
dan banyak adegan yang tidak
sepatutnya ditayangkan selain
bahasa-bahasa yang digunakan.
“Kenapa Lembaga Penapisan
Filem tidak tapis filem-filem ini?
Orang Melayu bukan gengster
tapi dalam filem ini menunjukkan
sebaliknya,” katanya.
Jelas beliau, pertemuan diadakan
dengan pengurusan LPF petang
ini bagi membincangkan perkara
itu.
“Kami mahu Lembaga Penapisan
Filem mengambil tindakan
segera, mana-mana bahagian
yang tidak sepatutnya
ditayangkan dipotong.
“Selain itu, kami juga mahu
Lembaga Penapisan Filem
memberi penjelasan berhubung
pelepasan kedua-dua filem itu
tanpa ditapis,” katanya.
Selain itu, tegas Norashikin, filem
“Kongsi” yang berjaya mengutip
sebanyak RM8 juta selepas tiga
minggu ditayangkan sejak 12
Mei lalu turut menggunakan kata
kunci Pekida
.
Jelas beliau, kata kunci Pekida
tidak sepatutnya digunakan
dalam filem memandangkan ia
adalah rahsia.
“Kami melihat filem Kongsi dan
yang terbaru ini KL Gangster
telah melampaui batas apabila
menggunakan kata laluan dan
kod rahsia Pekida
.
“Mereka juga telah membuka
banyak rahsia Pekida dengan
menerbitkan filem bercorak
gengster yang sebenarnya hanya
memalukan dan menjatuhkan
martabat orang Melayu sendiri,”
katanya.
Tambah beliau, pengarah kedua-
dua filem ini iaitu Farid Kamil dan
Syamsul Yusof tidak sensitif
apabila mengaitkan orang
Melayu dengan kumpulan
gengster.
“Saya kecewa kerana kedua-dua
pengarah iaitu Farid Kamil dan
Syamsul Yusof tidak sensitif
dengan perkara ini. Jika mereka
mahu menghasilkan filem
seumpama itu, mereka harus
meminta nasihat kami terlebih
dahulu.
“Mereka seperti mempermainkan
perjuangan pertubuhan ini dan
tidak menghormati kami sebagai
sebuah badan bukan kerajaan
(NGO). Kami sedar ramai yang
masih tidak tahu perjuangan
Pekida namun mereka
seharusnya ada rasa hormat,”

ujarnya kesal.

No comments: