Thursday, June 2, 2011

BIASISWA UNTUK KORANG PARA PEMINAT DRAMA KOREA / K POP

KUALA LUMPUR - Association of
Southeast Asian Nations (ASEAN)
University Network (AUN) bekerja
sama dengan Universiti Daejeon
(UDJ) dan Jabatan Luar Negeri
dan Perdagangan Korea
melancarkan ASEAN Millennium
Leaders College Student
Exchange Program.
Program kerja sama antara Korea
dengan negara-negara ASEAN ini
menawarkan biasiswa penuh
yang meliputi, biaya kuliah, biaya
hidup, makan dan tempat
tinggal, serta penginapan (tiket
pulang-pergi).
Beasiswa ini diperuntukan bagi
30 pelajar dari negara-negara
ASEAN yang tertarik untuk
mempelajari bidang Sains Sosial
dan Informasi Komunikasi dan
Teknologi di UDJ, Korea untuk
tahun akademik 2011-2012 yang
akan berangkat 1 September
2011 mendatang.
Anda tidak perlu merasa khuatir
akan mengalami kesulitan
bahasa dalam kegiatan belajar-
mengajar kerana bahasa yang
digunakan adalah bahasa
Inggeris sebab program ini
berskala antarabangsa.
Program ini juga menawarkan
peluang magang selama dua
bulan di organisasi yang
terkemuka di Korea, seperti
United Nations-Asian and Pacific
Training Centre for Information
and Communication Technology
for Development (UN APCICT),
Korea Advanced Institute of
Science and Technology (KIST),
Korea-ASEAN Center, Korea
Institute of Nuclear Safety (KINS),
Korea Nuclear International
Cooperation Foundation
(KONICOF), Korea Atomic Energy
Research Institute, dan
sebagainya.
Ini syarat-syarat yang harus
kamu perhatikan ketika
mendaftar untuk program
beasiswa ini:
1. Anda adalah warga Negara
salah satu negara ASEAN dan
telah disenaraikan sebagai
mahasiswa di suatu perguruan
tinggi.
2. Merupakan pelajar jurusan
Information Technology (IT),
seperti Teknik Komputer, Ilmu
Komputer dan berbagai jurusan
lain yang berkaitan dengan IT.
3. Merupakan pelajar jurusan
Sains Sosial (di antaranya,
Ekonomi Perniagaan,
Pentadbiran Awam, Sains Politik,
Hubungan Antarabangsa) dan
Korea.
4. Anda mesti mempunyai
prestasi yang baik, berada dalam
kedudukan 10 besar di kelas.
5. Memiliki kemampuan Bahasa
Inggeris yang baik dalam
berbicara maupun tulisan.
6. Serta mempunyai rekod
kesihatan yang baik pula.
Bagi kamu yang berminat untuk
mendaftar, akan datangi kantor
Hubungan Antarabangsa di
kampusmu sebelum tarikh 11
Julai 2011 untuk mendapatkan
aplikasi pendaftaran sebab jika
aplikasi dihantar secara individu
tidak akan diterima.
Setelah aplikasi telah lengkap
maka akan diserahkan kepada
Pejabat sekertariat AUN melalui
pejabat Hubungan Antarabangsa
yang ada di kampusmu. Jangan
lupa, kamu harus menghantar
satu salinan aplikasi yang telah
lengkap ke UDJ melalui pos.
Keputusan proses seleksi
program ini perlu kamu cek
semula sebelum 30 Julai 2011.
Untuk maklumat lebih lanjut
hubungi mahupun borang
pendaftaran, anda boleh
menghubungi sekertariat AUN
pada laman
pornpen@aunsec.org.

No comments: