Tuesday, May 31, 2011

TRAFIK JAM JUGA PENYEBAB PERCERAIAN

Betul atau sekadar andaian sahaja?korang perati je pasangan laki bini kat bandara bandar besar yang selalu trafik jam.

Perselingkuhan bukan satu-
satunya penyebab perceraian.
Bahkan terjebak macet selama
bermenit-minit juga salah satu
penyebab hancurnya pernikahan.
Penemuan ini berdasarkan kajian
di Sweden.
Komuter yang memiliki gaji besar
serta hidup mewah meletakkan
perkahwinan mereka berada
pada risiko. Kajian ini dilakukan
oleh para penyelidik di Universiti
Umea di Sweden. Mereka
mendapati bahawa pekerja yang
menempuh perjalanan jauh
selama kira-kira 45 minit atau
lebih, dalam perjalanan di kereta
atau terjebak dalam lalu lintas, 40
peratus lebih mungkin berpisah
dari pasangan mereka.
Bahkan, risiko berpisah tertinggi
terjadi dalam tahun pertama
perkahwinan ketika mimpi hidup
bersama berjalan dalam
kehidupan sehari-hari seperti
dilaporkan Daily Mail.
"Lebih banyak orang
menghabiskan masa yang lebih
lama di jalan setiap hari," kata
ketua penyelidik erka Sandow
Star.
"Tetapi dampak sosial dan fakta
bahawa sebenarnya orang yang
terlibat sering dilupakan,"
jelasnya.
Dalam rangka mencari
keterkaitan antara waktu yang
lebih lama bagi komuter di jalan
dan perceraian, para penyelidik
melihat data statistik sebanyak 2
juta warga Sweden antara 1995
dan 2000.
Para penyelidik mengadar
perjalanan 45 minit sebagai
penyebab yang boleh
mengakibatkan perceraian.
Mungkin, dalam keluarga ketika
lelaki menempuh jarak
perjalanan yang panjang, isteri
seharusnya mengambil
pekerjaan yang lebih dekat ke
rumah, yang berarti lebih sedikit
wang yang diperlukan, dan
pembahagian tanggung jawab
yang lebih besar, baik untuk
anak-anak dan rumah.
Apalagi, jika pasangan,
kemungkinan besar suami,
menghabiskan masa yang lama
di jalan berbanding di pejabat
dan rumah, kemungkinan besar
ia akan terlalu lelah untuk
menghulurkan tangan
membantu dalam kerja-kerja
rumah tangga. Hal inilah yang
akan mencipta 'tempat
berkembang biak bagi konflik'.
"Perjalanan jauh untuk bekerja
adalah baik untuk akaun bank
dan status kerjaya, tetapi
mendekatkan rosaknya
hubungan yang mengarah ke
perceraian," kata Sandow,
seorang ahli geografi sosial di
Universiti Umea,.
Sandow menegaskan kembali
bahawa menyelesaikan konflik
tersebut tidak boleh terlalu besar
dari masalah. "Peningkatan
komuter jarak jauh juga boleh
dilihat positif dalam erti
meningkatkan kebebasan
individu untuk memilih tempat
tinggal dan bekerja jarak jauh,
orang tidak harus berpindah
untuk mendapatkan pekerjaan,
atau boleh memilih kawasan
perumahan yang lebih disukai
sambil menjaga pekerjaan lama
mereka," tulis Sandow di akhbar .
"Tidak semua orang berpisah.
Banyak orang menganggap itu
strategi yang berterusan,"
katanya.
Ahli Hubungan Jean Hannah
Edelstein menambah, "Dalam
kebanyakan hubungan ada dua
orang dan tiga pekerjaan, tiap
pasangan masing-masing
mempunyai pekerjaan dan
kemudian ada masalah menjaga
rumah".
"Anda harus mencari jalan yang
disukai setiap orang seperti
mereka sedang melakukan
sejumlah pekerjaan yang adil.
Yang memerlukan banyak
berbicara, mendengar, dan
fleksibiliti"

No comments: