Sunday, May 22, 2011

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SESI KEDUA TAHUN 2011

Sesi pertama dah lewat.bagi yang lambat hantar atau baru first time nak mohon pinjaman,elok sangat siapkan dulu fail dokumen yang diperlukan.bulan ogos bukan jauh sangat dari sekarang  MAKLUMAT MENGENAI PINJAMAN PELAJARAN SELANGOR   CARA-CARA MEMOHON Tawaran akan dibuka melalui iklan di laman web Selangor dan akhbar-akhbar pada jangkamasa bulan Februari-April dan Ogos-Oktober setiap tahun.  Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan yang berharga RM3.   SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN   1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria- kriteria seperti berikut: (i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau (ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau (iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ; atau (iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.   2. Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut: (i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor: Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan). (ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor: Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.   3. Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut: Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik   Ijazah Pertama Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM; atau Memperolehi sekura

No comments: