Saturday, May 21, 2011

TANAH RUNTUH: 20 penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang dikhuatiri tertimbus




YA ALLAH SELAMATKANLAH ANAK ANAK YATIM YANG MENDAPAT CUBAAN

BERITA TERBARU
Enam lagi kanak-kanak berjaya
diselamatkan
KAJANG - Enam lagi kanak-kanak
berjaya diselamatkan dan
dilaporkan parah selepas
anggota penyelamat dan
penduduk kampung mengorek
tanah yang tertimbus.
Sebelum ini, tiga kanak-kanak
berjaya diselamatkan manakala
dua maut akibat kejadian tanah
runtuh di Rumah Anak Yatim Al-
Takwa, FELCRA Semungkis, Batu
14, Hulu Langat, dekat sini.
Mereka yang cedera kini dibawa
ke Hospital Kajang.


Tanah runtuh: Lebih 20 orang
dikhuatiri tertimbus
21 Mei, 11 4:09pm
Lebih 20 penghuni Rumah Anak
Yatim Al-Takwa, FELCRA
Semungkis, Batu 14, Hulu Langat,
Kajang dikhuatiri tertimbus
dalam kejadian tanah runtuh
pada jam 2.20 petang tadi.
Menurut Berita Harian Online
yang menghubungi jurucakap
Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang,
setakat ini tiga kanak-kanak
berjaya diselamatkan.
Setakat ini dua mayat kanak-
kanak iaitu penghuni rumah
anak yatim itu sudah dibawa
keluar dari tempat kejadian
tanah runtuh

No comments: