Tuesday, May 17, 2011

SAPA KATA HARGA MINYAK TAK BOLEH TURUN?

Minyak apa? Minyak urat,minyak angin,minyak sapi,orang minyak atau tahi minyak?


Harga minyak di
pasaran Asia turun mendekati
level US $ 97 per barel pada
Selasa 17 Mei 2011. Penurunan
itu melanjutkan pelemahan yang
terjadi dua pekan terakhir, dipicu
kebimbangan pelabur akan
melambatnya pertumbuhan
ekonomi Amerika Syarikat yang
dijangka menurunkan
permintaan terhadap minyak
mentah.
Harga minyak untuk
penghantaran Jun di bursa New
York turun 27 sen menjadi US $
97,10 per barel pada tengah hari
waktu Singapura. Sementara itu,
di pasaran kontrak jatuh US $
2.28 ke level US $ 97,37 Isnin lalu.
Di London, minyak mentah jenis
Brent di bursa ICE Futures turun
26 sen menjadi US $ 110,58 per
barel.
Menurut para peniaga, harga
minyak mentah terkoreksi sekitar
16 peratus dari level US $ 115
pada 2 Mei lalu. Hal itu dipicu
pertumbuhan ekonomi AS yang
melambat. Sementara itu, harga
minyak mentah naik 35 peratus
antara Februari dan awal bulan
ini.
Selain itu, pelaku pasar harus
menyikapi pelemahan dolar AS,
yang mencetuskan harga minyak
mentah lebih murah bagi pelabur
negara-negara lain yang
menggunakan mata wang selain
dolar AS. Pergerakan dolar AS
selama ini selalu mendorong
harga minyak lebih tinggi.
Sementara itu, harga minyak
mentah - jenis minyak pemanas -
di Nymex bagi kontrak Jun turun
0,5 persen menjadi US $ 2,87
pada galon dan untuk jenis
petrol turun 1,4 sen ke tahap US
$ 2,92 pada galon. Harga gas
alam berjangka turun tiga sen di
kedudukan US $ 4,29 pada 1,000
kaki padu. (Associated Press)

No comments: