Tuesday, May 3, 2011

PROFIL PEMBUNUH OSAMA BIN LADEN

Dua lusin ahli Pasukan Enam Navy SEAL(pasukan khas Tentera Laut AS)
telah dibawa dalam serangan
helikopter terhadap komplek
bangunan yang dijaga ketat jauh
di dalam wilayah Pakistan dan
salah satu tembakan yang
mereka lontarkan telah
menembusi kepala Osama bin
Laden dan seketika
membunuhnya.
Pasukan Enam (Team Six) ini
berpangkalan di Dam Neck, dekat
Virginia Beach di Virginia. Unit ini
adalah salah satu daripada 15
unit Navy SEAL, namun inilah
satu-satunya pasukan yang
keberadaannya tak pernah
diketahui.
Para ahli Pasukan Enam ini
direkrut dari sesama anggota
SEAL, dalam kata lain mereka
adalah yang terbaik dari yang
terbaik, atau pasukan elite dalam
unit elite. Tak seorang pun boleh
menyertai kecuali dari SEAL
sendiri.
Pasukan komando SEAL ini
namanya ditarik dari
kemampuan mereka beroperasi
baik di laut, udara, maupun
darat.
Kemampuan mereka disetarakan
dengan pasukan khusus
Inggeris, Special Boat Service
(SBS).
Namun, kalau SBS direkrut dari
marinir (Royal Marine), angkatan
laut dan angkatan darat Inggeris,
maka semua anggota SEAL
direkrut dari anggota Tentera
Laut.
Pasukan khusus yang dibentuk
di Vietnam ini kini dianggotai
oleh kira-kira 6,500 anggota,
yang 2.000 diantaranya
berdaftar aktif dalam tugas-tugas
operasi khas di jangka waktu
tertentu.
Mereka masuk dalam bahagian
Komando Operasi Khusus
Gabungan AS (Joint Special
Operations Command).
Seperti halnya dengan para
sejawatnya pasukan komando
Angkatan Darat AS - Delta Force -
identiti para ahli Team Enam SEAL
sangat dijaga kerahsiaannya.
Unit ini benar-benar diselubungi
kerahsiaan.
Pasukan Enam SEAL dibentuk
selepas operasi menyelamat
tebusan AS yang gagal di Iran
pada 1980. Operasi itu
menyingkap jurang dalam
kemampuan kontraterorisme
Amerika.
Pada 1987, nama kesatuan khas
ini diubah menjadi Naval Special
Warfare Development Group,
namun terus saja disebut dalam
tentera AS sebagai Team Six.
Sejak 2001, Team Six terlibat
dalam perburuan sejumlah target
paling berharga di Afghanistan
dan Iraq.
Sejumlah ahli SEAL terbunuh
dalam siri operasi rahsia di
Afghanistan. Identiti mereka
yang gugur kemudian memang
diungkapkan, namun butiran
kematian mereka selalu ditutupi
oleh cerita lain, bahkan kadang-
kadang disebut gugur kerana
kemalangan selama latihan. (*)
telegraph.co.uk

No comments: