Wednesday, May 25, 2011

PERMOHONAN PINJAMAN PENUNTUT PULAU PINANG MASIH DI BUKA

Peringatan !
Unit Pinjaman Penuntut/
Biasiswa tidak melantik mana-
mana agen untuk mengutip
atau memberi bayaran.
Sebarang urusan hendaklah
melalui Unit Pinjaman
Penuntut, Tingkat 29, KOMTAR.


Pinjaman Pendidikan Kerajaan
Negeri Pulau Pinang diwujudkan
pada tahun 1970 bertujuan
untuk memberi pinjaman
pendidikan tinggi kepada
warganegara Malaysia yang lahir
atau menerima sebahagian
daripada pelajaran mereka di
Pulau Pinang.
1. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Pemohon dilahirkan di Pulau
Pinang atau sekurang-kurangnya
bersekolah selama 5 tahun di
Pulau Pinang.
Ditawarkan tempat di Universiti /
Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Bagi pemohon dari Institusi
Pengajian Tinggi Swasta, kursus
yang diikuti hendaklah diluluskan
oleh MQA (Malaysian Qualification
Agency /Agensi Kelayakan
Malaysia).
Pinjaman untuk kursus yang
bertaraf Sijil, Diploma, Diploma
PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ,
Sarjana dan PHD.
Pemohon yang sedang
mengikuti kursus PraUniversiti /
Matrikulasi tidak layak memohon.
Pinjaman Kali Ke-2 hanya
ditawarkan kepada peminjam
yang telah menyelesaikan
bayaran balik pinjaman
pertama.
Permohonan adalah secara
online.
Dokumen-dokumen yang telah
DISAHKAN BENAR hendaklah
dikemukakan setelah berjaya
mendapat tawaran Pinjaman
Pendidikan Kerajaan Negeri
Pulau Pinang:
1. Salinan Kad Pengenalan dan
Surat Beranak/Sijil Kelahiran
2. Salinan Surat Tawaran
Kemasukan Dari Universiti/
Institusi
3. Salinan Sijil Berhenti Sekolah,
dan Surat Akaun (Testimonia)
4. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia
Vokasional (SPMV) dan lain-lain
sijil yang setaraf
5. Salinan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil
yang setaraf (Jika Ada)
6. Salinan Sijl Politeknik/
Diploma/Ijazah dan sebagainya
(Jika Ada)
7. Salinan Keputusan
Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)
8. Salinan Keputusan
Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun
Akademik Penggal/Semester (Jika
Ada)
9. Pelajar dari Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
hendaklah mengemukakan
salinan surat kelulusan kolej dan
kursus yang dikeluarkan MQA
(Malaysia Qualification Agency/
Agensi Kelayakan Malaysia).
(salinan tersebut boleh
diperolehi dari IPTS berkenaan)

Jumlah pinjaman yang
ditawarkan mengikut taraf
kursus:
Ijazah Sains RM 5,000 setahun
Ijazah Sastera RM 4,000 setahun
Diploma Lanjutan
Sains RM 5,000 setahun
Diploma Lanjutan
Sastera RM 4,000 setahun
Diploma RM 3,000 setahun
Sijil RM 2,000 setahun
Pinjaman juga diberikan kepada
Pelajar Pengajian Jarak Jauh dan
Luar Kampus dengan kadar:
Kadar (Setahun) Jangkamasa (Maksimum)
Ijazah (Sains) RM 4,500 5 tahun
Ijazah (Sastera) RM 3,500 4 tahun
Diploma RM 2,000 3 tahun
Pinjaman kepada pengajian
peringkat Sarjana dan PhD
(pengajian dalam negeri sahaja):
Kadar (Setahun) Jangkamasa (Maksimum)
Sarjana RM 5,000 3 tahun
PHD RM 5,000 3 tahun
Faedah yang dikenakan 2%
selama 5 tahun
Dua(2) Orang Penjamin Bergaji
RM1,000 ke atas diperlukan
apabila Surat Perjanjian
ditandatangani
.
Permohonan boleh dibuat secara
Online di Laman Web berikut :
http://epp.penang.gov.my
Tarikh Buka Permohonan: 2 Mei,
setiap tahun.
Tarikh Tutup Permohonan: 31
Julai, setiap tahun
Sila pastikan anda mengisi
permohonan pinjaman dalam
Tempoh 3 Hari selepas
Pendaftaran. Kemaskini Borang
adalah 3 Hari dari Tarikh
Pendaftaran dibuat.

No comments: