Thursday, May 12, 2011

PENGAKUAN BAKAL ISTERI SALIH YAKUB:“Abang (Salih) comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga kriteria lelaki idaman saya,”

“Abang (Salih) comel, saya paling
suka hidung dia yang mancung
kerana itu juga kriteria lelaki
idaman saya,”
katanya.
Menurut Emi, walaupun hidung
Salih menjadi antara tarikan
padanya, namun dia tidak
menetapkan kelebihan fizikal
sebagai teras utama memilih
suami sebaliknya keikhlasan dan
sifat dalaman seseorang lelaki
yang sentiasa diberi keutamaan
dalam melayari bahtera rumah
tangga.
“Rupa paras perkara kedua, bagi
saya yang lebih penting sifat
dalaman yang ada pada diri
bakal suami dan saya nampak
ciri-ciri itu pada abang, malah dia
banyak mengajar dan
membentuk saya menjadi insan
baik dalam mendepani
perjalanan hidup.
“Saya sukakan dia yang menitik
berat ajaran agama, cara dia
membimbing 11 anak dan tiga
isteri, sebab saya terfikir macam
mana dia boleh mengurus
keluarga besar dengan masing-
masing hidup aman damai . . . dia
ceritakan semuanya dan dari situ
saya tertarik.
“Faktor itu yang buat saya mahu
tahu lebih mendalam lagi. Saya
akui perkara itu membuatkan
abang berbeza daripada lelaki
lain. Kalau lelaki lain mulut saja
manis, tapi kosong, abang tidak
begitu, dia ada isu,” katanya.
Menceritakan detik perkenalan
mereka, Emi memberitahu dari
awalnya dia tidak berminat
untuk mengenali Salih secara
rapat memandangkan
pertemuan mereka atas dasar
antara peminat dengan artis di
satu pementasan di Pulau
Pangkor, Perak, November lalu.
“Ketika itu saya tidak rasa apa-
apa, cuma mahu bergambar
dengannya saja apatah lagi
semua orang tahu abang sudah
berkeluarga dan mengamalkan
poligami.
“Bermula dari keinginan untuk
tahu bagaimana dia
menguruskan isteri-isterinya
membuatkan hubungan kami
rapat dan saling berbalas SMS
dan panggilan telefon. Abang
pandai mengambil hati dan
layanannya membuatkan saya
terpaut,” katanya.
Penuntut sarjana bidang
pengangkutan di sebuah
institusi pengajian tinggi itu
turut mengakui bukan mudah
untuk dia menyakinkan
keluarganya bagi menerima Salih
memandangkan poligami tidak
dijadikan amalan dalam keluarga
termasuk di kalangan sanak
saudara.
Katanya, selepas empat bulan
perkenalannya dengan Salih,
baru dia memberanikan diri
untuk berterus terang di
hadapan ahli keluarga dan kakak
sulung menjadi orang pertama
diberitahunya sebelum kakaknya
berjumpa sendiri dengan Salih.
“Sebelum itu saya kerap solat
hajat, istiqarah memohon
petunjuk dan akhirnya selepas
dijelaskan mengapa saya memilih
abang, ibu dan ayah
menerimanya. Malah ibu sempat
berpesan supaya saya menjaga
diri sebab tahu perkara ini bukan
mudah.
“Apapun saya masih belajar
mendalami ilmu terutamanya
aspek rumah tangga dan
‘bekalan’ yang diberi abang akan
saya pegang dan amalkan serta
paling penting menjadikan al-
Quran sebagai teras membentuk
perjalanan hidup ini.
“Saya sudah bersedia menempuh
alam rumah tangga bersama dia
dan isteri serta anak-anaknya . . .
insya-Allah,” katanya yang kini
menjadi pembantu peribadi Salih.
Sementara itu, Salih berkata dia
tidka mengambil Emi sebagai
isteri secara suka-suka
sebaliknya anak bongsu
daripada lima beradik itu sudah
dititipkan dengan bekalan ilmu
agama dan rohani yang
membolehkannya menjadi isteri
taat dan umat Islam sejati.
“Sebelum menyuntingnya saya
sudah asuh dia, bimbing dan
sediakan dia dengan bekalan
yang diperlukan. Kalau tidak dia
tak boleh‘follow’. Bukan mudah
kerana dia muda tapi sebab saya
penyampai amanah dan
perkahwinan satu ibadat.
“Setiap hari saya akan
memperingatkan dia,
memberikan nasihat dan
panduan tidak mahu tersasar.
Alhamdulillah dia seorang yang
patuh dan mengenal arah tuju
hidup ke jalan Allah. Apapun
proses pembelajaran itu tidak
pernah habis dan ia masih
berterusan,” katanya.

No comments: