Thursday, May 26, 2011

DNA babi dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder

Bagi yang gemar buat kek atau roti korang kena hati hati dan tengok betul betul bahan bahan yang korang akan gunakan.
Info ni gua dapat kat httq://www.halal.gov.my

PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD     Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14 /2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM- 20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid ( DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut : 1 . menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf; 2 . mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan ); 3 . melakukan proses samak; dan       4.     mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

No comments: