Wednesday, April 27, 2011

MAHER ZAIN YANG MEMANG MAHIR


Maher Zain Lantunkan Mesej
Keamanan


Ia
membawa nafas baru dalam
dunia muzik dengan mengusung
nafas Islami dalam balutan
nuansa moden yang catchy,
namun menghanyutkan. Ia juga
membawa misi dalam musiknya
untuk menghibur dan
menginspirasi banyak orang,
sekaligus membawa mesej
keamanan dan harapan untuk
dunia. Ia adalah Maher Zain.
Menurut Release Sony Music
Entertainment Indonesia, salah
satu lagu Maher iaitu Ya Nabi
Salam Alayka berjaya meraih The
Best Song for 2009 di
pertandingan muzik yang digelar
Nujoom FM, radio terbesar di
Mesir. Sebuah prestasi yang
membanggakan mengingat di
posisi runner up ada beberapa
nama besar seperti Hussein
Aljismi, Mohammed Mounir, dan
Sami Yusuf.
Maher juga sukses menggelar
konser di beberapa negara
seperti Sweden, Kanada,
Australia, Inggeris, Amerika
Syarikat, Perancis, Mesir, Algeria,
dan Bahrain. Sebuah prestasi
yang tidak main-main. Single
andalan Maher iaitu Insha Allah
dan The Chosen One, menjadi
hits di mana-mana, termasuk di
Indonesia.
Video klip Insha Allah meraih
tujuh juta penonton di YouTube
dan dibuat empat versi iaitu
bahasa Inggeris, Perancis, Turki,
dan Arab. Sedangkan klip terbaru
The Chosen One meraih dua juta
penonton di YouTube. Maher
adalah artis muslim pertama
yang meraih satu juta fans di
Facebook dalam waktu satu
tahun sejak album debutnya
dikeluarkan.
Di tahun ini, Maher akan merilis
album debutnya di Indonesia di
bawah naungan Sony Music
Indonesia berjudul Thank You
Allah. Album berisi lagu yang ada
di album perdana Maher yang
dikeluarkan pada 2009, sekaligus
ditambah single istimewa. Single
berjudul Sepanjang Hidup ini
hasil duet Maher dengan Fadly,
vokalis Padi.

No comments: