Tuesday, April 5, 2011

KENYATAAN MEDIA PDRM TENTANG PENYEBARAN VIDEO SEKS DI YOUTUBE

PDRM Keluar Kenyataan Esok(hari ini)
Berhubung Penyebaran Video
Seks
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama)
--Polis Diraja Malaysia (PDRM)
akan mengeluarkan kenyataan
pada Selasa berhubung
penyebaran video seks yang
didakwa membabitkan seorang
pemimpin pembangkang yang
kini tersebar di Internet.
Menurut jurucakap Pusat Media
PDRM Bukit Aman, sebarang
kenyataan dan sidang akhbar
mengenai penyebaran video seks
ituakan dimaklumkan kepada
media.
Klip video hitam putih seminit itu
disiarkan di beberapa laman web
antipembangkang dan YouTube
sejak tengah hari tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail
Omar baru-baru ini
mengumumkan bahawa
rakaman video seks itu adalah
tulen selepas disahkan oleh
pakar tempatan yang memeriksa
video berkenaan.
Pada 21 Mac lepas, video itu
dipertontonkan kepada
beberapa wartawan terpilih oleh
satu kumpulan dikenali sebagai
"Datuk T" di Carcosa Seri Negara.
Misteri Datuk T yang bermaksud
"Trio" itu terjawab pada satu
sidang akhbar di sebuah hotel
pada 23 Mac lepas apabila bekas
Ketua Menteri Melaka Tan Sri
Rahim Thamby Chik, ahli
perniagaan Datuk Shazryl Eskay
Abdullah dan Bendahari Perkasa
Datuk Shuib Lazim mengaku
terlibat dalam penayangan video
berkenaan.

No comments: