Monday, April 11, 2011

JAWATAN KOSONG! SYARAT MESTI BUGIL

Sebuah syarikat
perisian komputer di
Buckinghamshire, Inggeris,
mencari pekerja untuk
kedudukan web-coder yang siap
bekerja tanpa busana. Dalam
laman syarikat tersebut tertulis,
pemohon kerja harus siap
melepas pakaiannya selama
berada di kawasan pejabat.

Nude House, nama syarikat itu.
Ini merupakan sebuah syarikat
yang menjual perisian, yang
membolehkan pelanggan
memberikan pautan link di atas
gambar.
"Ini akan menjadi pengalaman
berharga bagi pekerja untuk
mengekspresikan kealamian
tubuhnya selama bekerja.
Syarikat akan menyediakan
pancuran dan kemudahan lain
untuk menyokong dasar ini,"
demikian tertulis di halaman
syarikat itu.
Berlokasi di kota Amersham,
Buckinghamshire, syarikat ini
ingin mengampanyekan
persekitaran kerja berwawasan
alami atau naturisme, juga
hangat dan peribadi. Dasar ini
juga berlaku untuk pekerja di
bahagian jualan atau web-selling.
"Naturisme tidak berorientasikan
seksual. Perhatiannya adalah
pada kemampuan penjualan dan
kemampuan teknikal, bukan
seksualiti pekerja. "
Kepada The Register, juru bicara
Nude House, Chris Taylor,
berkata, pelaksanaan dasar
kontroversi ini bukan pertama di
Inggeris. Sejumlah pejabat di
negara itu juga telah mengupah
pekerja di web-coding atau web-
selling dalam keadaan tanpa
busana.
Setakat ini, kebanyakan syarikat
yang menggunakan pekerja
tanpa busana itu memiliki misi
menggoda pelanggan untuk
membeli produk mereka. Dasar
diterapkan sebagai sebahagian
daripada promosi syarikat.
Namun, Taylor memastikan
bahawa syarikatnya tidak akan
mengambil untung dari polisi itu
untuk meningkatkan produktiviti
perniagaan. "Ini tidak ada
manfaatnya untuk pelanggan,
kerana mereka tidak akan
pernah tahu bahawa pekerja
yang melayani mereka tidak
mengenakan busana," ujar
Taylor.

No comments: