Friday, April 22, 2011

'JANGAN TUDUH SAYA DAYUS' KATA SUAMI PENERBIT DALAM BOTOL

KUALA LUMPUR, 22 April — “Saya
tidak mahu dilabelkan sebagai
suami dayus membiarkan isteri
mempunyai hubungan dengan
orang lain.”
Demikian luahan bekas pemain
badminton kebangsaan, Jalani
Sidek, 48, yang juga suami
penerbit kontroversi, Raja Azmi
Raja Sulaiman, 52, yang selama
ini berdiam diri sehingga
menyebabkan anak-anaknya
mempersoalkan tindakannya itu.
Raja Azmi merupakan penerbit
filem“Dalam Botol”.
Jalani dan Roslin dipanggil
Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan untuk memberi
keterangan bagi melengkapkan
kertas siasatan mengikut
Seksyen 58 subseksyen 1 Akta
Prosedur Jenayah Syariah
(Wilayah-wilayah Persekutuan)
1997,
lapor Berita Harian.
“Kerana hal ini anak-anak saya
diejek oleh guru dan rakan-rakan
yang mengatakan bapa mereka
dayus,” kata Jalani dipetik Utusan
Malaysia.
Ketika ditemui di Bahagian
Penguatkuasaan jabatan itu
semalam, Jalani yang ditemani
isterinya hadir pada sesi soal
siasat berhubung dakwaan
khalwat.

Jalani mengulas dakwaan
Nurhayati Othman, bekas isteri
Roslin Hashim, 35, yang
menuduh Raja Azmi berkhalwat
dengan pemain badminton
negara itu di sebuah hotel di
Jalan Ampang di sini, 7 Ogos lalu.
Mengulas lanjut, Jalani
menegaskan, dakwaan itu tidak
berasas bahkan, beliau dan
isterinya berhasrat untuk
menyaman Nurhayati dan pihak-
pihak yang menabur fitnah serta
memburukkan nama mereka
setelah berbincang dengan
peguam syarie Roslizam Rahim
yang mewakili mereka.
Roslizam kemudian
mengesahkan Roslin dan Raja
Azmi dikehendaki hadir pada 19
Mei ini bagi menentukan sama
ada mereka akan didakwa di
mahkamah atau sebaliknya.

Roslin pula dipetik berkata beliau
tidak serik berkahwin lagi
namun bimbang tiada wanita
yang sudi berkongsi hidup
dengannya selepas dilanda
pelbagai kontroversi.
Pemain badminton itu mengakui
sedih kerana gagal
mempertahankan dua
perkahwinan dengan Faezah
Mohamad, 35, dan Nurhayati, 40,
namun nalurinya tetap menanti
kehadiran seorang isteri.
Kegagalan tersebut menjadikan
beliau lebih berhati-hati pada
masa depan dan berharap
kebenaran akan muncul suatu
hari nanti.
Perkahwinannya dengan Faezah
hanya bertahan selama 12 hari
manakala tempoh ikatan
pernikahan dengan Nurhayati
dalam masa sebulan

No comments: