Wednesday, April 6, 2011

GEMPAQ:Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

gambar malaysianinsider
Pegawai kastam mati jatuh
bangunan SPRM
6 Apr, 11 12:41pm
Seorang pegawai kastam yang
membantu siasatan kes rasuah
ditemui mati dipercayai jatuh
dari tingkat tiga bangunan
Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan
Cochrane di ibu negara pagi ini.
Mangsa tersebut
difahamkan
adalah seorang
pegawai kanan
Jabatan Kastam
dan Eksais Diraja
Malaysia (JKDM)
Selangor.
Pegawai kanan itu membantu
siasatan membabitkan cukai
tidak dibayar dan telah
dibebaskan dengan ikat jamin
dua hari lalu.
Laman Star Online
melaporkan
bahawa pegawai
berkenaan
difahamkan balik
semula ke
pejabat SPRM hari
ini untuk
menemui pegawai penyiasat.
Pegawai penyiasat telah
memintanya menunggu di situ
sementara pergi mengambil fail
kes tersebut.
Bagaimanapun, apabila balik
semula ke situ, dia mendapati
pegawai Kastam tidak ada, kata
pengarah penyiasatan SPRM
Datuk Mustafar Ali.
Menurutnya, mayat pegawai
kastam itu ditemui di tingkat
bawah bangunan tersebut pada
jam 10.15 pagi

No comments: