Friday, April 8, 2011

GEMPAQ:GILIRAN GURU PULA KENA "BELASAH" DENGAN MURID SEKOLAH MENENGAH DATO JAFAR HASAN PERLIS


Belum reda kes ustaz di SAR jejawi,muncul pula kes di bukit ketri,kali ini guru yang kena penumbuk dengan murid.
Sekolah jadi kawasan berbahaya sekarang ni.


Guru Wanita Patah Hidung
Ditumbuk Pelajar
KANGAR, 7 April (Bernama) --
Seorang guru wanita sebuah
sekolah menengah di Bukit Ketri
dekat sini patah hidungnya
apabila ditumbuk oleh seorang
pelajar lelaki sekolah itu Khamis.
Jurucakap Jabatan Pelajaran
Perlis berkata kejadian itu
berlaku apabila seorang pelajar
tingkatan dua dikatakan
menumbuk muka guru
berkenaan, Mariati Mat Ail, 37,
semasa beliau cuba meleraikan
pergaduhan sekumpulan pelajar
di hadapan sebuah kelas.
Kejadian berlaku pada pukul
12.40 tengah hari semasa waktu
pertukaran kelas dan ketika
melalui koridor sekolah, guru itu
ternampak pergaduhan tersebut
dan cuba meleraikannya, katanya
ketika ditemui di Hospital Tuanku
Fauziah (HTF) hari ini.
Mariati dibawa ke HTF untuk
menerima rawatan sebagai
pesakit luar.
Menurut jurucakap itu Mariati
dipercayai cuba mengajak pelajar
berkenaanke bilik disiplin untuk
dikenakan tindakan disiplin
kerana bergaduh namun secara
tiba-tiba pelajar tersebut
menumbuk muka beliau
menyebabkan hidungnya patah
dan berdarah.
Beliau mendakwa, pelajar itu
pernah digantung sekolah
kerana masalah disiplin tetapi
dibenarkan meneruskan semula
persekolahannya di sekolah yang
sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah
Padang Besar, Supt Che Man Md
Dros ketika dihubungi dan
mengesahkan kejadian itu
berkata pihaknya ada menerima
dua laporan berhubung kejadian
itu.
Katanya laporan pertama oleh
guru wanita itu dan kes tersebut
akan disiasat mengikut Seksyen
325 Kanun Keseksaan kerana
dengan sengaja menyebabkan
cedera parah.
Satu laporan lagi dibuat oleh
seorang pelajar tingkatan satu
yang mendakwa beliau
ditendang oleh pelajar yang
sama dan kes itu akan disiasat
mengikut Seksyen 323 Kanun
Keseksaan kerana sengaja
menyebabkan kecederaan.

No comments: