Saturday, April 2, 2011

BANJIR DI PERLIS HARI KE 4

Selagi air tak mengalir lancar ke laut maka kangar dan daerah hilir lainnya di perlis menjadi takungan air yang lambat surut.cuma mengharap fenomena alam membawa air banjir mengalir ke laut.



Sebanyak 3,604 mangsa banjir di
Perlis masih berada di pusat-
pusat pemindahan sehingga
Sabtu pagi berbanding lebih
4,000 orang pada Jumaat malam.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir
berkata kebanyakan mangsa
adalah daripada kawasan Kangar
membabitkan 2,955 orang yang
ditempatkan di 21 pusat
pemindahan.
Sebanyak 590 mangsa adalah
daripada kawasan Arau yang
ditempatkan di lima pusat
pemindahan manakala di
kawasan Padang Besar jumlah
mangsa hanya 59 orang yang
ditempatkan di satu pusat
pemindahan.
Setakat ini lebih 1,000 mangsa
telah dibenarkan pulang dan
hampir 20 pusat pemindahan
telah ditutup.
sebagian kangar masih digenangi banjir

No comments: