Sunday, April 10, 2011

ANAK DAN BAPA MAUT

Bapa Dan Anak Maut Dalam
Kemalangan Di Baling
BALING, 9 April (Bernama) -- Dua
beranak maut dalam kemalangan
di jalan Simpang Empat Telok
Pendiat ke Jalan Carok Nau pada
pukul 10.30 pagi ini ketika
mereka dalam perjalanan ke
Hospital Daerah Baling.
Mohammad Fahin Afdal Yahya, 2,
maut di tempat kejadian
manakala bapanya Yahya Md
Daud, 39, yang memandu
kenderaan Proton Wira
meninggal dunia di hospital
tersebut pada pukul 1.30 petang
ini.
Sementara isteri Yahya, Rosnani
Abu Bakar, 30, cedera parah dan
seorang lagi anak mereka Mohd
Faiz Yahyan, 5, turut menerima
rawatan.
Mereka dari Kampung Tanah
Periok, Kupang dalam perjalanan
ke hospital untuk mendapat
rawatan bagi Mohammad Fahin
yang menghidap asma.
Ketua Polis Daerah Baling, Supt
Mat Daud Mat Hasan berkata
kereta yang dipandu Yahya
bertembung dengan sebuah lori
yang datang dari arah
bertentangan.

No comments: