Sunday, April 24, 2011

AC DI MANA? AC MASUK UMNO!

Siapa dan parti mana yang menawarkan jawatan tinggi pada ab mizal? Sekadar pemberitahuan dia ada "harga"?dan layak dapat jawatan di pemuda umno?kita tengok je style politik ab mizal seterusnya.

Tak lama dulu bob lokman masuk pas,dan sekarang kalau jumpa beliau jangan tanya esok show kat mana,tapi tanya esok ceramah kat mana.hahaha.

AC Mizal pilih Umno, tolak
sertai pembangkang


Pelakon dan pengacara AC Mizal
yang menyerah borang keahlian
Umno hari ini, berkata beliau
sebelum ini ditawar menyertai
sebuah parti pembangkang
serta dijanjikan jawatan tinggi.
Bagaimanapun, katanya, beliau
menolaknya kerana tidak
bersetuju dengan dasar yang
diperjuangkan oleh parti
berkenaan.

"Adalah sukar untuk saya
menerima pelawaan menyertai
parti tersebut kerana saya
dibesarkan dengan perjuangan
Umno yang popular dengan
slogan 'Dulu, Kini dan
Selamanya...
"Tambahan pula saya langsung
tidak bersetuju ataupun serasi
dengan dasar perjuangan yang
didukung oleh mereka," katanya
kepada pemberita.
Sebelum itu, AC Mizal bersama
isterinya Emylia Rosnaida
menyemarakkan Program Jom
Masuk Umno di Ipoh apabila
bersama 500 yang lain
mengemukakan borang
kemasukan sebagai anggota
parti itu.
AC Mizal, 40, yang juga ahli
perniagaan, menyerahkan
borang keahlian kepada Ketua
Umno bahagian Ipoh Barat,
Datuk Shamsuddin Ghaffar.
Bercakap kepada pemberita, AC
Mizal berkata beliau menyertai
Umno kerana selari dengan
perjuangannya dan selepas
dipelawa oleh ketua Pemuda
bahagian Ipoh Barat, Syamsul
Baharin Putra Ahmad Shibi.
"Saya terus menerimanya kerana
selama ini saya lihat (Umno)
begitu komited dalam
perjuangan demi menegakkan
keadilan," katanya kepada
pemberita di program anjuran
Umno bahagian Ipoh Barat.
AC Mizal berkata beliau akan
bergiat secara ikhlas dan telus
sebagai seorang ahli biasa
Pemuda Umno dan tidak
berhasrat untuk merebut
jawatan di dalam parti.
"Saya berniat untuk bergerak
secara aktif dalam pergerakan
Pemuda walaupun usia telah
mencapai 40 tahun pada tahun
ini tetapi bagi saya masih belum
terlambat bagi membantu parti
yang menjaga negara sejak ia
ditubuhkan," katanya.
Anak kelahrian Muar, Johor itu
berkata beliau turut memilih
untuk bersama-sama Umno
Perak berdasarkan nasihat
Allahyarham ayah mentuanya
yang telah berpesan sekiranya
beliau ingin memperjuangkan
nasib bangsa, Perak adalah
tempatnya.
Isterinya Emylia berasal dari
Ipoh.
Sementara itu, pengarah filem
Hantu Mak Limah Balik Rumah,
Mamat Khalid yang turut berada
pada majlis itu berkata beliau
datang untuk memberi
sokongan kepada rakannya.

No comments: