Thursday, March 31, 2011

PEGAWAI SPPRM TENGOK VIDEO PORNO?

'Pegawai SPRM tonton
pornografi selepas soal Teoh'
31 Mac, 11 6:11pm
Seorang pegawai Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dikatakan memuat turun
dan menonton pornografi pada
komputer milik pejabat selepas
sejam menyoal siasat Teoh Beng
Hock.
Perkara ini didedahkan oleh
pengerusi Suruhanjaya Diraja
yang menyiasat kematian Teoh,
tan Sri James Foong hari ini.
Beliau berkata demikian ketika
peguam Majlis Peguam, Cheow
Wee menyoal bekas timbalan
pengarah SPRM Selangor,
Hishamuddin Hashim
berhubung memorandum
dalaman yang mengingatkan
kakitangannya supaya sentiasa
memerhatikan pelawat, saksi
ataupun suspek ketika mereka
berada di premis berkenaan.
Dalam
keterangannya,
Fong berkata
penolong penguasa
Mohd Ashraf Mohd
Yunus sedang
menonton pornografi di
komputernya pada jam 1.20
pagi, 16 Julai 2009.
Foong: Pada pendapat saya,
adalah agak longgar cara saksi
diperhatikan. Kenapa? Saya ingin
tahu mengapa tiada kawalan
keselamatan?
Hishamuddin: Arahan diberikan
(melalui memorandum dalaman)
dan mesti ada pegawai (yang
mengiringi saksi).
Foong: Kenapa tidak tanya
pegawai awak apa yang mereka
lakukan (apabila awak berada di
pejabat pada waktu itu)?
Hishamuddin: (Mereka tidak
beritahu saya) kecuali saya
tanya.
Foong: Tahukah awak bahawa
Ashraf telah memuat turun
bahan pornografi sekitar jam
1.20 pagi (16 Julai 2009).
Apabila operasi dijalankan, dia
menonton pornografi di
internet
.
Hishamuddin yang terkejut
dengan berita itu mengambil
masa sebelum menjawap“ia di
luar kawalannya”.
“Ini tiada kaitan dengan kerja...
mungkin inisiatif sendiri,”
katanya.
Kejadian itu berlaku kira-kira
sejam selepas beliau membantu
seorang lagi rakannya menyoal
Teoh.(malaysiakini)

No comments: