Monday, March 28, 2011

PEDAS KOMEN SITI JARUM TENTANG REKOD TUMBUK SAMBAL BELACAN DI PERLIS

"Bukankah kau dah tau kesukaanku adalah belacan..mengapa kau masak sayur tanpa belacan!! Aku pancung leher kau!!

Isshhhh Dasar kau lelaki durjana,pasal belacanpun nak pancung kepala..cepat minta maaf,kalau tak,lebam biji mata kau" dialog seniman bujang lapuk ni mesti semua orang dah hafal.

Dibawah ni artikel dari siti jarum yang dikatakan memperlekehkan orang perlis,betul atau tak korang pahami sendiri.

ARKIB : 13/03/2011
Rekod cerdik USM
SITI ingin mengucapkan tahniah
kepada Universiti Sains Malaysia
(USM) kerana menganjurkan
acara baca puisi 72 jam. Acara ini
mungkin dimasukkan dalam
Malaysia Book of Records.
Sebelum ini Gapena
menganjurkan Ratib Seribu Syair
lebih tiga hari tiga malam tanpa
henti.
Bagi Siti ini satu rekod yang
berpaksi kepada kecerdikan dan
pemikiran. Rekod yang berpaksi
pemikiran bagi kita sangat
sedikit, yang banyak adalah
rekod-rekod merapu dalam
Malaysia Book of Records.
Ini juga menarik perhatian
terhadap penghayatan budaya
ilmu. Acara begini tidak
merugikan kerana akan
meninggalkan kesan khususnya
kepada orang yang terlibat.
Maknanya bukan tidak boleh
mencipta rekod, tapi biarlah
rekod yang cerdik dan ada
keterlibatan pemikiran. Tapi
banyak rekod yang dikumpul
oleh Malaysia Book of Records
sangat mengarut, tidak ada
hubungan dengan
kecemerlangan apabila rekod itu
dicipta.
Semoga acara ini dapat menebus
rekod-rekod merapu seperti
lemang terpanjang, kek
terpanjang, kain rentang
terpanjang lebih kurang 1
kilometer, menyusun buku
menjadi Menara Berkembar
Petronas dan yang terbaru rekod
1,000 orang tumbuk sambal di
Perlis.
Acara tumbuk sambal 1,000
orang ini satu pembaziran
.
Memanglah dapat cipta rekod
tapi sekadar rekod mengarut
sajalah. Bayangkan berapa
banyak belacan, cili dan garam
terbuang begitu saja selepas
acara mencipta rekod. Siapa nak
makan sambal yang dibuat
sedemikian rupa? Siti nak tanya,
hebat sangatkah orang Perlis
dapat kumpul 1,000 orang
tumbuk sambal sekaligus? Kalau
ada yang berbangga, tentu ada
sesuatu yang tak kena dengan
orang itu
.
SITI JARUM: Selalu juga tumbuk
sambal.


Huruf tebal adalah dari admin.

No comments: