Saturday, March 12, 2011

MAYA KARIN NAFI ADA HUBUNGAN DENGAN MANTAN MENTERI


KUALA LUMPUR, 12 Mac —
Pelakon popular, Maya Karin
Roelcke menafikan gosip
mendakwa dia pernah beberapa
kali keluar bersama seorang
bekas menteri Kabinet di
khalayak umum seperti hangat
diperkatakan sekarang ini, malah
menegaskan ia tidak mungkin
berlaku bagi menghormati
rakannya.
“Saya bersahabat baik dengan
anak dan keluarga kepada bekas
menteri itu, malah ketika Krismas
akhir tahun lalu kami
menghabiskan cuti bersama.
“Malah, saya dan anak bekas
menteri berkenaan pernah
merancang pergi bercuti
bersama. Namun, kerana masing-
masing sibuk ia tidak dapat
dilakukan dalam waktu
terdekat, ” katanya dipetik Harian
Metro hari ini.
Pelakon dan pengacara TV
terkenal itu dan suaminya
Muhammad Ali Abdullah secara
rasminya bercerai dengan talak
satu pertengahan Julai lalu.
Mereka berkahwin pada 14 Ogos
2008 di Villa Corte de Lago, Itali.
Laporan itu berkata keakraban
terjalin antara dia dan anak
bekas menteri berkenaan turut
membuktikan tidak mungkin
pelakon utama filem Cun itu
tergamak melakukan perkara
sedemikian, membelakangi rakan
baiknya apatah lagi didakwa
menjalin hubungan cinta dengan
bapa kepada rakan baiknya
sendiri.
“Saya mengenali isteri bekas
menteri itu dan tidak mungkin
saya tergamak melakukan
perkara itu kepada orang yang
saya kenal. Gosip yang tersebar
itu mengarut dan tidak masuk
akal, ” katanya.
Menurut Maya, dua perkara
menjadi kepantangannya dalam
memilih pasangan hidup,
pertama menjalin hubungan
dengan suami orang dan orang
dimaksudkan itu mempunyai
hubungan baik dengan dirinya.
Ditanya kemungkinan
pertemuannya dengan bekas
menteri berkenaan mempunyai
kaitan dengan projek teater yang
dilaksanakan isteri bekas menteri
berkenaan, Maya berkata, dia
gembira sekiranya perkara itu
berlaku, tetapi ia tiada kaitan.
“Saya gembira sekiranya ia benar
dan pertemuan itu mempunyai
kaitan dengan projek yang mahu
dilakukan, tetapi kami tidak
pernah bertemu dan kalau benar
sudah tentu dia akan
menghubungi saya dan
berbincang mengenainya,”
katanya.
Maya bagaimanapun tidak
melenting apabila mengetahui
gosip yang hangat diperkatakan
itu kerana faham ia timbul
disebabkan kekeliruan
sesetengah pihak.
“Kadang-kadang manusia ini
suka membuat andaian
walaupun tidak tahu kesahihan
perkara sebenar. Mengambil
contoh ada orang melihat
perempuan lain yang wajahnya
mirip saya keluar dengan mana-
mana lelaki berprofil tinggi,
mereka membuat andaian saya
menjalinkan hubungan dengan
lelaki terbabit.
“Ada ketika andaian itu
dilakukan berdasarkan sekilas
pandang. Dia melihat wanita itu
mempunyai mata seiras saya
atau melihat dari belakang
rambut dan susuk tubuh seperti
saya dan mengesahkan orang
yang dilihat itu saya.
“Untuk membuktikan kepada
orang lain dia bercerita dengan
temannya dan secara tidak
langsung ia menyebabkan gosip
itu tersebar, ” katanya.

No comments: