Wednesday, March 23, 2011

KENYATAAN AKHBAR PENONTON VIDEO SEX

korang pikir sendiri mana yang betul dan mana yang tak betul.daripada pening pening gua saran korang takyah ambik peduli langsung.

KENYATAAN AKHBAR
Saya dihubungi oleh seorang
kenalan yang sangat rapat
bermula sejak 15 Mac 2011
untuk berjumpa dengannya
mengenai sesuatu yang penting.
Pada hari Isnin 21 Mac 2011
lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan
bahawa saya ada ruang untuk
bertemu beliau.
Saya berjumpa dengannya di
Hotel De Palma Ampang jam 4
petang hari itu, sebelum dibawa
di dalam sebuah kereta yang lain.
Kereta itu dipandu oleh dua
orang yang saya tidak kenali.
Saya dibawa ke Hotel Flamingo
Ampang, seterusnya dibawa ke
sebuah bilik junior suite. Saya
bertemuTan Sri Rahim Thamby
Chik dan Dato’ Eskay Shazril
Abdullah yang telah menunggu
di dalam bilik tersebut. Saya turut
disertai oleh kenalan saya tadi.
Saya duduk di depan Tan Sri
Rahim Thamby Chik sementara
Dato’ Eskay Shazril Abdullah

duduk di sebelah saya. Kenalan
saya tadi duduk di atas katil di
belakang di dalam bilik tersebut.
Dato’ Eskay Shazril Abdullah
mula bercakap dan mengatakan
bahawa saya(“Johari Abdul”)
adalah ahli Parlimen yang
pertama akan menyaksikan
tayangan video yang sedang
mula dimainkan itu. Dia juga
meminta pandangan saya
mengenai Dato’ Seri Anwar
Ibrahim.
Sepanjang tayangan video
tersebut,Dato’ Eskay Shazril
Abdullah menjadi suara latar
menerangkan beberapa perkara.
Contohnya, dia menyentuh
bagaimana cara individu terbabit
menanggalkan kondom selepas
perlakuan berakhir mempunyai
risiko air mani akan terpercik ke
kawasan yang besar.
Menurutnya, tabiat itulah yang
menyebabkan Dato’ Seri Anwar
Ibrahim sering meninggalkan
bahan bukti seperti yang berlaku
dalam kes liwat pertama tahun
1998 dulu.
Dia juga mendakwa bahawa dia
selalu membawa Dato’ Seri
Anwar Ibrahim ke club house di
mana berlakunya kejadian itu
dan tempat-tempat lain di
Thailand seolah-olah ini perkara
yang kerapkali dibuat oleh Dato’
Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya,
setiap kali dia membawa Dato’
Seri Anwar Ibrahim ke tempat
itu, bilik itulah (yang dirakamkan)
yang digunakan Dato’ Seri Anwar
Ibrahim sementara dia (Dato’
Eskay) menggunakan bilik
bersebelahan. Dalam percakapan
seterusnya, dia menyatakan
kebimbangan kononnya
rakaman-rakaman video seperti
itu telah dipunyai oleh pihak
perisikan Thai.
Sepanjang penayangan video
tersebut,Tan Sri Rahim Thamby
Chik kerap mencelah dan
membuat komen pendek yang
memburukkan Dato’ Seri Anwar
Ibrahim. Saya percaya beliau
cuba meyakinkan saya bahawa
Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah
seorang yang tidak bermoral dan
tidak layak menjadi seorang
pemimpin.
Selepas penayangan video
tersebut, Tan Sri Rahim Thamby
Chik mula bercakap. Dia memujuk
supaya saya meninggalkan
KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar
Ibrahim. Dia berjanji untuk
bbawa saya berjumpa dengan
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib
Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby
Chik juga menyebut bahawa dia
akan uruskan segala keperluan
kewangan dan keselamatan saya.
Tan Sri Rahim Thamby Chik juga
cuba meyakinkan saya untuk
membawa dan memujuk lebih
ramai Ahli Parlimen KEADILAN
berjumpanya, supaya dapat
dipujuk keluar parti. Dia meminta
saya mengepalai kumpulan Ahli-
ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya
tidak memberikan komitmen,
selain mendengar komen-komen
yang dibuat.
Selepas itu, saya keluar dan
diiringi oleh kenalan rapat saya
itu. Di dalam lif, saya memeluknya
dan memberitahu beliau,
bahawa setelah menonton
keseluruhan video tersebut, saya
yakin bahawa orang di dalam
video itu bukanlah Dato’ Seri
Anwar Ibrahim.
Saya berkeyakinan bahawa
pelakon itu bukan Dato’ Seri
Anwar Ibrahim berlandaskan
faktor berikut:
1. Pada awal rakaman, terdapat
seorang lelaki lain yang sedang
menguruskan rakaman video
pada ketika orang yang mirip
Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk
ke dalam bilik. Sewajarnya orang
itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar
Ibrahim) sedar bahawa
perlakuannya akan dirakam.
Mustahil sesiapa yang waras
akan melakukan adegan
sedemikian kecuali dia diupah.
2. Tempoh masa rakaman yang
menunjukkan mukasi pelaku
adalah terlalu pendek.
Ditambah dengan rakaman yang
dibuat di dalam hitam putih;
menyukarkan untuk betul-betul
mengesahkan identiti si pelaku.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar
dan tegap berbanding bahu
Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
4. Bahagian belakang si pelaku
(punggong) juga berisi dan jelas
berbeza dengan tubuh badan
Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Di akhir adegan, si pelaku
bangun dan tubuh badannya
dirakam dengan jelas. Perutnya
adalah buncit dan terlalu besar
jika dibandingkan dengan perut
Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu
cerah dan hampir tidak dapat
dibezakan dengan warna kulit
wanita terlibat.
Selepas itu, saya menyatakan
kesediaan untuk membawa
beberapa orang ahli Parlimen
KEADILAN agar mereka juga
dapat menonton video dan
berjumpa dengan Tan Sri Rahim
Thamby Chik. Saya dimaklumkan
sessi tayangan seterusnya akan
dibuat kepada ahli-ahli Parlimen
KEADILAN pada jam 330 petang
22 Mac 2011. Kami hadir
semalam di Hotel Flamingo
Ampang dan menunggu hingga
jam 530 petan

No comments: