Monday, March 14, 2011

JOM REBUT BIASISWA 10 RIBU

MSCM Tawar Biasiswa Bernilai RM10 ,000 Setiap Satu SHAH ALAM, 14 Mac (Bernama) - Persatuan Perubatan Sokongan Malaysia (MSCM) menawarkan biasiswa kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian dalam perubatan tradisional dan sokongan. Presiden MSCM Dr Lee Chee Peng berkata biasiswa itu adalah untuk Diploma dalam Perubatan Semula Jadi di Malacca College of Complementary Medicine. "Setiap pelajar akan menerima sekitar RM10 , 000 untuk pengajian dan tambahan RM1 ,000 untuk setiap A yang mereka peroleh dalam SPM. "Kami menghadkan 60 biasiswa. Keutamaan akan diberi kepada pelajar yang aktif dalam ko-kurikulum tambahan seperti kelab sekolah, debat dan perkhidmatan masyarakat," kata beliau kepada Bernama di sini Isnin. Beliau berkata, program biasiswa ini selaras dengan langkah kerajaan untuk menguatkuasakan Akta Perubatan Tradisional dan Sokongan. Dr Lee berkata, mereka yang berminat boleh mendapatkan borang dari kolej berkenaan atau MSCM dengan membawa bersama slip keputusan SPM. Tarikh akhir permohonan ialah 31 Mac. Interbiu akan juga diadakan pada 2 dan 3 April di MSCM, No. 163-2-10 , Wisma Mah Sing, Jalan Sg Besi, 57100 Kuala Lumpur. -- BERNAMA

No comments: