Thursday, March 31, 2011

HUKUM TARIAN POCO POCO ADALAH HARAM DI NEGERI PERAK

Terkinimufti negeri perak, dato seri Harussani
menegaskan pihaknya
tidak akan menarik balik
pengharaman itu walaupun
mendapat tentangan dari banyak
pihak.
“Tidak akan tarik balik... benda
dah haram, benda dah sesat buat
apa mesti nak tarik balik? Haram
tetap haram dan orang yang
mengamalkannya boleh bawa
kepada syirik.
“Saya kata haram sebab itu
berasal dari cara ibadat bukan
Islam, walau apa jua tujuan yang
kita buat termasuk senaman ia
tetap haram,” katanya.
Jelas beliau, Jawatankuasa Fatwa
Negeri Perak memutuskan
pengharaman tarian poco-poco
selepas membuat kajian dan
pemerhatian dalam perkara itu.
“Saya kata haram dan atas dasar
apa mereka kata tidak haram?
Poco-poco ini ditarikan di gereja,
kalau kita mahu buat kenapa
tidak sahaja buat tarian zapin
atau berkawad sahaja macam
tentera? Tiga puluh minit sahaja
mesti dah berpeluh, buat macam
kita sekolah dulu.
“Yang haram tetap haram, pasal
apa saya nak tarik balik
walaupun satu Malaysia tolak
saya tetap kata haram,” katanya.
Tambah Harussani, banyak lagi
tarian yang boleh digunakan
untuk menjadi senaman.
“Kalau nak juga buat kenapa
tidak gunakan cara kita tapi
jangan campur lelaki dan
perempuan tapi apa-apa yang
berasal dari agama lain tetap
tidak boleh.
“Walaupun Majlis Fatwa
Kebangsaan kata tarian poco-
poco bukan haram, saya tetap
tidak akan tarik balik,” katanya.
Jawatankuasa Fatwa Negeri
Perak pada Januari lalu telah
memutuskan bahawa tarian atau
senaman poco-poco diharamkan
kerana ia mempunyai kaitan
dengan kepercayaan agama,
juga pemujaan roh berdasarkan
kajian yang menyatakan ia sering
diamalkan di Jamaica dan
bercirikan agama Kristian.
Perak Patuhi Fatwa Haramkan
Poco-Poco
IPOH, 30 Mac --
Kerajaan Negeri Perak akan
mematuhi keputusan
Jawatankuasa Fatwa Negeri
Perak berhubung pengharaman
tarian poco-poco, kata Menteri
Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul
Kadir.
Beliau berkata selepas fatwa
dikeluarkan, semua pihak perlu
menghormatinya dan tidak
mempersoalkannya.
Menteri Besar berkata demikian
mengulas laporan sebuah akhbar
mengenaikenyataan Mufti Perak
Tan Sri Harussani Zakaria
bahawa Jawatankuasa Fatwa
Negeri Perak telah memutuskan
tarian berkenaan sebagai haram.
Harussani dilaporkan berkata
tarian tersebut diharamkan
kerana ia mempunyai unsur
kepercayaan agama lain iaitu
Kristian selain pemujaan roh
dan
pewartaan fatwa itu akan dibuat
tidak lama lagi.(bernama)

No comments: