Sunday, March 13, 2011

FROM EARTHQUAKE TO TSUNAMI and LOJI NUKLEAR MELETUP


TOKYO, 12 Mac – Kerajaan Jepun
mengesahkan letupan di loji
tenaga nuklear Fukushima Daini
hari ini ekoran gempa bumi dan
tsunami semalam.
Terdahulu agensi berita Jiji
memetik polis tempatan berkata
letupan dan asap kelihatan di loji
tersebut – sehari selepas timur
laut Jepun digegarkan dengan
gempa bumi paling buruk dalam
140 tahun.
Awal hari ini, kerajaan Jepun
memberi amaran wujudnya
cairan di reaktor nuklear yang
rosak ekoran gempa bumi dan
tsunami semalam, tetapi berkata,
risikonya kecil.
Bagaimanapun Ketua Setiausaha
Kabinet Jeoun Yukio Edano
kemudian mengesahkan satu
letupan dan kebocoran radiasi di
loji tersebut.
“Kami sedang melihat punca dan
situasi dan kami akan
memaklumkan publik apabila
kami ada maklumat lanjut, ” kata
beliau.
“Buat masa ini kami merasakan
pengosongan kawasan dalam
lingkungan 10 kilometer adalah
wajar, ” katanya.
Malah beliau juga berkata Jepun
telah memperluaskan kawasan
yang dikosongkan sekitar loji
Fukushima Daini.
Beberapa jam kemudian
kerajaan mengumumkan
bahawa ia memutuskan untuk
memperluaskan kawasan yang
perlu dikosongkan sekali ganda
kepada 20 kilometer.
Edwin Lyman dari Union of
Concerned Scientists berkongsi
keseriusan keadaan di pusat-
pusat kemudahan nuklear yang
dilanda gempa bumi dan
tsunami, dan pilihan-pilihan yang
ada bagi mengelakkan bencana
nuklear.
Stesen TV NHK melaporkan
bahawa beberapa pekerja
cedera dalam letupan di Unit 1
loji tersebut.
Agensi berita Kyodo pula berkata,
radiasi dikeluarkan setiap jam
bersamaan dengan kadar yang
dibenarkan bagi tempoh satu
tahun.
Laporan msnbc memetik stesen
Sky News dari Britain berkata,
penduduk di kawasan sekitar
diminta tidak keluar rumah, tidak
minum air paip dan perlu
menutup muka mereka dengan
topeng pernafasan ataupun tuala
basah.
Operator-operator di Unit 1 loji
Fukushima Daiichi telah
mengesan kadar radiasi lapan
kali ganda di luar dan 1,000 kali
ganda di dalam bilik kawalan.
Dua reaktor telah hilang
keupayaan mengawal tahap
kedinginan dan cairan
kemungkinan berlaku di salah
satu reaktor disebabkan suhu
terlalu tinggi, kata Ryohei Shiomi,
seorang pegawai di suruhanjaya
keselamatan nuklear Jepun.
Ketika bercakap kepada
pemberita sebelum letupan,
beliau berkata, jikapun ada
cairan ia tidak akan memberi
kesan ke atas mereka di luar
kawasan 10 kilometer.
Kebanyakan daripada 51,000
orang yang tinggal dalam
lingkungan kawasan bahaya
sudah dipindahkan, kata Ryohei.
– Reuters

No comments: