Saturday, March 19, 2011

PILIHANRAYA NEGERI SERAWAK

Dewan Undangan Negeri
Sarawak Bubar Isnin Ini, Umum
Taib
KUCHING, 19 Mac (Bernama) --
Dewan Undangan Negeri
Sarawak dibubar Isnin ini bagi
membolehkan pilihan raya negeri
diadakan, demikian diumumkan
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri
Abdul Taib Mahmud hari ini.
Katanya beliau telah
menyampaikan notis mengenai
pembubaran itu kepada Yang
Dipertua Negeri Sarawak Tun
Abang Muhammad Salahuddin
Abang Barieng baru-baru ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
akan memutuskan tarikh
penamaan calon dan
pengundian, katanya pada
persidangan akhbar bersama-
sama Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak dan Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin di Lapangan
Antarabangsa Kuching di sini.
Pengumuman Taib itu
menamatkan teka teki mengenai
tarikh pilihan raya negeri. Dewan
Undangan Negeri Sarawak sedia
ada akan tamat pada 23 Julai ini.
Najib dan Muhyiddin yang tiba di
sini semalam di bawah program
turun padang pemimpin yang
bermula hari ini sehingga
September depan, telah
menghadiri pelbagai program
bersama rakyat di negeri ini
sepanjang hari ini

No comments: