Wednesday, March 30, 2011

BANJIR DI PERLIS

Banjir Mula Landa Perlis, Tujuh
Keluarga Dipindahkan
KANGAR, 29 Mac (Bernama) --
Hujan tanpa henti sejak semalam
sehingga malam ini
menyebabkan tujuh keluarga
dari dua buah kampung
dipindahkan setakat pukul 8
malam Selasa.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr
Md Isa Sabu berkata empat
keluarga adalah dari Kampung
Tok Kandang di sini dan tiga dari
Kampung Syed Omar di Bintong.
Buat masa ini mereka
dipindahkan ke surau
berhampiran dan pihak berkuasa
kinimemantau paras air di
kawasan terbabit, katanya
kepada pemberita di sini.
Md Isa berkata kerajaan negeri
juga telah membuka Bilik
Gerakan Jawatankuasa Banjir
sebagai persediaan menghadapi
banjir memandangkan keadaan
hujan yang berterusan.
"Sebanyak 23 pusat pemindahan
bencana banjir akan dibuka jika
paras air semakin meningkat,"
katanya.
Antara yang dikenal pasti
sebagai pusat pemindahan ialah
Sekolah Kebangsaan (SK) Titi
Tinggi, Maktab Rendah Sains
Mara, SK Batu Bertangkup,
Sekolah Menengah (SMK) Dato
Jaafar Hassan, SK Guar Nangka, SK
Bintong,SK Abi, Surau Kampung
Syed Omar, SK Sena.
Beliau turut menasihatkan rakyat
Perlis agar membeli stok
makanan bagi menghadapi
kemungkinan bencana itu.
"Saya meminta penduduk yang
berada di kawasan rendah
sentiasa berwaspada
kemungkinan air akan naik
berikutan air laut pasang pada
pukul 10 malam ini," katanya.
Selain itu, Md Isa yang ditemui
selepas melawat mangsa banjir
Kampung Syed Omar juga
meminta penduduk mendengar
siaran radio Perlisfm bagi
mengikuti perkembangan terkini
banjir di negeri tersebut.

No comments: