Friday, March 11, 2011

4 BAKAL GURU PENUNTUT MAKTAB PERGURUAN SULTAN MIZAN BESUT MAUT DI GERIK



11 Mac, 11 11:31am
Empat penuntut Maktab
Perguruan Sultan Mizan, Besut,
terbunuh apabila kereta yang
mereka naiki terbabit dalam
kemalangan dengan sebuah
kereta lain di Km 12 Lebuh Raya
Timur Barat dekat Gerik
semalam.
Mereka terdiri Joseph Phuah, 19,
dari Sungai Bakap, Pulau Pinang,
Yap Sin Wei, 20, berasal dari
Seberang Perai, Pulau Pinang,
Goh Shu Win, 19, dari
Butterworth, Pulau Pinang dan M
Iniyan, 19 dari Taiping.
Ketua Polis Trafik Perak, Supt
Wan Abdullah Ishak berkata
bahawa dalam nahas yang
berlaku pada 4.30 petang itu,
Yap dan Iniyan mati di tempat
kejadian manakala Phuah
meninggal dunia di Hospital
Gerik pada 8 malam tadi dan
Goh meninggal dunia di Hospital
Taiping pada 5 pagi tadi.
"Keempat-empat mangsa dalam
perjalanan ke Pulau Pinang,"
katanya ketika di hubungi
Bernama hari ini.
Wan Abdullah berkata bahawa
semasa kejadian kereta jenis
Proton Iswara yang dipandu
oleh Phuah dipercayai gagal
dikawal ketika melalui selekoh
dan menuruni bukit lalu
terbabas ke kanan jalan dan
dirempuh sebuah kereta jenis
Toyota Camry dari arah
bertentangan.
Anggota Bomba dan Penyelamat
dikejarkan ke tempat kejadian
untuk mengeluarkan keempat-
empat mangsa yang tersepit
dalam kereta itu, katanya.
Pemandu kereta Toyota Camry
cedera ringan dan dirawat di
hospital Gerik, kata Wan
Abdullah.
Bapa Goh, Goh Kong Huaw, 48,
ketika ditemui di Hospital
Taiping, berkata kejadian itu
diketahui apabila beliau
dihubungi melalui telefon oleh
rakan anaknya yang menaiki
sebuah kereta lain mengikuti
mereka dari belakang.
Goh, yang bekerja di Johor
Baharu, kemudian bergegas ke
Taiping untuk menuntut mayat
anaknya.
Sebelum itu, anaknya telah
menghubunginya semalam
mengatakan hendak pulang
kerana bercuti, katanya.

No comments: