Tuesday, February 22, 2011

PETROL RON95:NAIK..TAK...NAIK...TAK...NAIK...TAKNAIK

KUALA LUMPUR, 22 Feb —
Kerajaan sedang mengkaji
semua opsyen bagi
membolehkan kerajaan tidak
menaikkan harga petrol RON95
dalam waktu terdekat walaupun
berlaku kenaikan harga minyak
global.
Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri
Yaakob berkata kementerian itu
sedang bekerjasama dengan
Kementerian Kewangan bagi
memastikan impak kenaikan
global tidak terlalu menekan
rakyat.
“Kita perlu ada keseimbangan
sebab kita bimbang kalau harga
minyak naik, harga barangan
turut meningkat dan bebanan
kepada rakyat akan menjadi
semakin tinggi.
“Sebab itu, Kementerian ini
bersama Kementerian Kewangan
sedang mengkaji opsyen-opsyen
tertentu untuk menstabilkan
harga minyak bagi mengelak
kenaikannya dalam masa
terdekat, ” katanya ketika
menjawab pertanyaan
berhubung dakwaan akan
berlaku kenaikan harga RON95
dalam masa terdekat pada
sidang media di Pusat Latihan
Harta Intelek di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, setakat ini
kerajaan belum berhasrat
menaikkan harga petrol itu
kerana pihaknya berpendapat
untuk menjimatkan
perbelanjaan, ia bukan sekadar
dengan menaikkan harga
minyak.
“Siapa kata RON95 nak naik...
siapa cakap? Khabar angin?.. .jadi
itu khabar anginlah. Biarlah
sekadar khabar angin. Tak,
setakat ini tidak (naik).
Katanya, walaupun terpaksa
menanggung subsidi sebanyak
RM14 bilion bagi menampung
kenaikan harga minyak dunia
tahun ini, kerajaan masih
mencari alternatif bagi
menstabilkan harga minyak
tempatan biarpun kos itu telah
meningkat RM4 bilion
berbanding tahun lepas.
“Terdapat beberapa buah negara
di dunia telah menaikkan harga
minyak sebanyak dua kali dalam
tempoh tiga bulan, tetapi
sebaliknya bagi kita, kerajaan
masih tidak berhasrat
menaikkannya kerana kita akan
melihatnya secara keseluruhan.
“...Dan kita tengah berbincang
dan mencari opsyen itu,” katanya
yang enggan mendedahkan
butiran opsyen tersebut.
Petrol RON95 telah diperkenalkan
pada penghujung Ogos 2009
bagi menggantikan RON97
sebagai produk petrol utama dan
kini dijual di stesen minyak di
seluruh negara dengan harga
RM1.90 seliter.
Terdahulu, Ismail Sabri dan Tan
menyaksikan majlis pertukaran
dokumen perjanjian
persefahaman pelaksanaan
Pemodenan Bengkel Automotif
(ATOM) antara Mohd Zain dengan
wakil daripada lima konsultan
yang menjadi pelaksana projek
tersebut. — Bernama

2 comments:

hana said...

erm..
kalo minyak naek agi mmg sye gi kelas jln kaki aje la..
sob3..

Rahwana said...

Tukaq naik gerek letrik made in china