Monday, February 21, 2011

PEMAIN BOLASEPAK PERLIS TAK NGAKU SEX ORAL?

Patutpun asyik kalah memanjang..pintu gol kat luar padang rupanya duk pulun.

SUNGAI PETANI, 21 Feb —
Seorang pemain bola sepak
pasukan Perlis hari ini mengaku
tidak bersalah terhadap tiga
pertuduhan salah laku seks oral
dan mencederakan seorang
gadis di sini, baru-baru ini.
Muhammad Munawwar
Shavukath Ali, 21, pemain
pertahanan Perlis meminta
dibicarakan selepas pertuduhan
dibacakan terhadapnya di
hadapan Majistret Mahkamah
Sungai Petani, Raja Shahril Anuar
Raja Baniamin.
Pemain bola sepak Perlis itu dari
Flat Paya Nahu, Sungai Petani
menghadapi dua kes
membabitkan tiga pertuduhan
manakala mangsanya dari Taman
Sri Tanjung, Sungai Layar, Sungai
Petani.
Dalam kes pertama, dia dituduh
pada 13 Februari lepas antara
pukul 3.30 petang hingga 5.30
petang di rumah kosong nombor
533, Jalan Taman Batik, Sungai
Petani, mendatangkan
kecederaan parah terhadap
seorang gadis berusia 17 tahun,
dan didakwa mengikut Seksyen
325 Kanun Keseksaan.
Dalam kes kedua, dua
pertuduhan dikenakan terhadap
Muhammad Munawwar iaitu
dituduh mencabul kehormatan
gadis tersebut dengan cara
meraba dan menghisap buah
dada mangsa, satu kesalahan
mengikut Seksyen 354 Kanun
Keseksaan.
Satu lagi pertuduhan, dia
didakwa dengan cara menyuruh
mangsa menghisap kemaluannya
yang mana kesalahan ini
melanggar kesopanan dan
dihukum mengikut Seksyen 377D
Kanun Keseksaan.
Muhammad Munawwar dituduh
melakukan kedua-dua kesalahan
terhadap gadis itu pada tarikh,
masa dan tempat yang sama.
Majistret Raja Shahril Anuar
mengenakan jaminan sebanyak
RM5,000 bagi kes pertama dan
RM7,000 kes kedua dengan
seorang penjamin dan
menetapkan 21 Mac depan untuk
mendengar kes itu.
Timbalan Pegawai Pendakwa
Raya, Lim Saw Sin mengendalikan
kes itu manakala pemain bola
sepak itu diwakili peguam bela,
T. Jayaraj. — Bernama

No comments: