Saturday, February 5, 2011

MERCU ZIKAY

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama)
-- Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak
menyempurnakan majlis pecah
tanah bagi pembinaan projek
komersil Mercu Zikay di Jalan
Alang, Kampung Baru, di sini
Sabtu.
Majlis itu diadakan selepas Najib
melancarkan Program Ziarah
Masjid dan Kelab Belia 1Masjid
Kampung Baru di perkarangan
Masjid Jamek Kampung Baru di
sini.
Mercu Zikay merupakan
bangunan 40 tingkat yang
mempunyai 289 bilik hotel, 130
unit 'service apartment' dan 16
unit kedai komersil di kawasan
seluas 4,174.9 meter persegi.
Pengarah Urusan Kumpulan
Zikay, Datuk Mohd Khay Ibrahim
dalam kenyataan berkata 'service
apartment' jenis 'studio' hingga
'duplex' adalah bersaiz antara
41.527 meter persegi hingga
234.11 meter persegi.
Katanya harga setiap unit itu
bermula dengan RM850 bagi
satu meter persegi.
Pemaju projek itu dilaksanakan
oleh Pembangung Kampong
Baru Sdn Bhd, sebuah anak
syarikat Kumpulan Zikay.

No comments: