Sunday, February 13, 2011

FATWA VALENTINE

Fatwa Hukum Umat Islam
Menyambut Hari Kekasih
(Valentine's Day)
2005/69/8 Akidah
Huraian Tajuk/Isu:
Fatwa Hukum Umat Islam
Menyambut Hari Kekasih
(Valentine's Day)
PENGENALAN
Tanggal 14 Februari setiap tahun
seluruh penduduk khususnya di
Amerika dan Eropah akan
meraikan Hari Valentine iaitu
satu hari rasmi untuk
menyatakan rasa kasih sayang
kepada pasangan masing-
masing.
Ada yang saling bertukar-tukar
bunga ros merah, mengirimkan
kad ucapan dan hadiah,
mengumandangkan lagu-lagu
cinta dan asmara, membuat
upacara tari-menari besar-
besaran di disko-disko bersama
minuman arak, mengadakan
acara makan malam dengan
disinari cahaya lilin, bertukar-
tukar perasaan di taman-taman
bunga sehingga berkucupan dan
akhirnya sanggup
menggadaikan kehormatan diri
sendiri demi membuktikan
kesetiaan kepada teman masing-
masing. Sedangkan mereka tidak
ada hubungan yang sah disisi
agama yang mengharuskan
mereka berbuat demikian.
Tidak dinafikan ada umat Islam
di negara ini turut meraikan Hari
Valentine. Mereka meraikan
hanya kerana suka-suka dan
terikut-ikut untuk mendapatkan
keseronokan tanpa mengetahui
asal-usul dan sejarah hari
tersebut.
” Hari Kekasih” yang dibawa
oleh orang barat tanpa disedari
bertujuan untuk melekakan serta
merosakkan aqidah dan akhlak
masyarakat Islam, kerana
kebiasaannya senario
menyambut ”Hari Kekasih”
berlaku dikalangan remaja Islam.
Sungguhpun ia belum sampai ke
tahap yang kronik, namun begitu
ia boleh menyumbangkan
kepada pelbagai kerosakan
aqidah, akhlak dan budaya umat
Islam sekiranya tidak ada
sebarang tindakan dibuat untuk
menyedar dan menginsafkan
mereka.
Harus diingat mengamalkan dan
mengikut budaya asing terutama
dalam meraikan hari tertentu
tanpa mengetahui latar belakang
perayaan itu sebenarnya akan
menjerumus umat Islam kepada
kehancuran. Hal ini kerana
perlakuan seperti ini bukan
sahaja menjejaskan akhlak orang
Islam, bahkan boleh menjejaskan
keimanan dan aqidah mereka.
Keputusan:
KEPUTUSAN FATWA
Sehubungan itu, kertas kerja
berkaitan dengan hukum umat
Islam menyambut Hari Kekasih
( Valentine’s Day ) telah
dibentang dan dibahaskan
dengan teliti oleh Ahli
Jawatankuasa Fatwa Negeri
Johor pada 25 Zulkaedah 1426
Hijriah bersamaan 27 hb
Disember 2005 Miladiah. Setelah
dilihat dengan penuh penelitian,
maka Jawatankuasa Fatwa
mengambil keputusan
sebagaimana berikut :
Alhamdulillah fatwanya adalah
seperti berikut :
” Amalan merayakan hari
kekasih ( Valentine Day ) tidak
pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan tersebut
mempunyai unsur-unsur
kristian dan amalannya yang
bercampur dengan perbuatan
maksiat adalah dilarang oleh
Islam yang jelas bercanggah
dengan aqidah, syariah dan
akhlak Islamiah. Oleh itu umat
Islam adalah DILARANG
daripada melibatkan diri di
dalam meraikan hari tersebut.

ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ
NOTA : Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia kali
ke-71, yang telah bersidang pada
20-22 Syawal 1426 Hijriah
bersamaan 22-24 November
2005 Miladiah di Kuching
Sarawak, juga telah bersetuju
memutuskan bahawa amalan
merayakan Valentine’s Day, tidak
pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan tersebut
mempunyai unsure-unsur
kristian dan amalannya yang
bercampur dengan perbuatan
maksiat adalah bercanggah dan
dilarang oleh Islam.
Keterangan/Hujah:
Antara hujah keputusan
tersebut adalah seperti
berikut :
Sejarah Valentine’s Day tidak ada
di dalam Islam. Amalan budaya
dan hasrat perayaan ini
mempunyai unsur-unsur Kristian
yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari
tertentu bagi meraikan kekasih
atau kasih sayang. Islam sangat
menitikberatkan soal kasih
sayang dan setiap hari di dalam
Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih
sayang yang terkandung dalam
Valentine’s Day kerana unsur-
unsur ritual keagamaan yang
diamalkannya boleh menggugat
aqidah Islam.
Sekiranya seseorang Islam itu
berhasrat untuk memberi hadiah
kepada seseorang pada 14
Februari bersempena dengan
Valentine, perbuatan tersebut
adalah tidak betul kerana ia
seolah-olah meraikan konsep
yang dibawa oleh Valentine’s
Day.
Kebanyakan golongan remaja
Islam hari ini meraikan
Valentine’s Day dengan
perbuatan-perbuatan yang
dilarang oleh Islam. Gejala seperti
ini sekiranya tidak dibendung
akan merosakkan generasi umat
Islam akan datang.
Valentine’s asal nama sebenarnya
St. Velentino merupakan seorang
paderi palaing berpengaruh di
zaman pemerintahan ratu
Isabella di Sepanyol dan juga
merupakan antara orang
terpenting yang menghancurkan
tamadun Islam di Sepanyol. Oleh
itu ratu Isabella telah
menetapkan 14 Februari sebagai
hari menginati kemenangan
kristian terhadap Islam. Maka
barangsiapa yang merayakannya
seolah-olah ia bergembira dan
merestui ke atas kekalahan
orang Islam di Sepanyol.
Memang Islam sangat
menggalakkan umatnya supaya
berkasih sayang antara satu
sama lain, tetapi untuk
meluahkan kasih sayang antara
seorang lelaki dan seorang
perempuan perlu melalui saluran
yang dibenarkan oleh syara’. Ia
bukannya yang menggalakkan
kepada perkara yang
mendorong atau meransang
kepada yang dilarang dan
maksiat.
Sebagai alternatifnya, jika seluruh
dunia masih berterusan
menjadikan 14 Februari sebagai
hari ”percintaan rasmi” mereka
dengan pasangan mereka,
marilah kita umat Islam
menjadikan setiap hari senagai
bersatunya Ukuwah Mukminin
sesama Mukminin dan Mukminat
sesama Mukminat dengan
memperkukuhkan ikatan
ukhuwah, kasih sayang dan
mencintai Allah dan RasulNya,
demi menghadapi pakatan
musuh Islam yang
bertanggungjawab menjatuhkan
kerajaan Islam Sepanyol, serta
pada masa yang sama
mendeklarasikan penentangan
umat Islam kepada syirik dan
penzinaan tajaan musuh-musuh
Islam zaman berzaman.
ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ
Status Penwartaan: Diwartakan

No comments: